Posts

Showing posts from June, 2012

Sem break story.

Image
Berjaya meredah final exam yang sangat mencabar fizikal dan mental. Walaupun soalan epid agak menyedihkan. Rasa macam nak balik kampung, nak tanam jagung (padahal kat rumah tak ada tanah,semua simen)...dah tak tetapkan gred dah asalkan lulus sudah. Bila dah abis exam terasa boring pulak. Aku asyik tengok horror movie je, penat menjerit. Tak layan citer cinta, lembap sangat + nanti aku berangan pulak. Sebelum exam semuanya rasa macam tak sempat. Makan, tido, bercakap pun kadang tak sempat (menipu sangat). Adeh...@_@ Hari ini aku check out dari kolej and then stay rumah my sis 2 atau 3 hari and terus balik rumah. Ramai kawan2 dah balik dulu. Terpaksa lah aku melayan askar 3 orang itu nanti. Cuti 3 bulan and tak tahu hendak buat apa kat rumah. Layan anak kucing je la. Mak suruh belajar menjahit. Dulu, time tunggu result SPM pun aku ada attend kelas menjahit tapi aku dah terlupa pulak macam mana nak menjahit. Short term memory betul, perlukan banyak DHA. Askar 3 orang( anak2 akak

Bed time story...=)

Image
Ya Allah, seronok tengok kawan-kawan sekolah berubah. Maksud aku berubah = berhijrah ke arah yang lebih positif. Kalau lelaki memang aku tak boleh baca macam mana tetapi kalau perempuan mungkin dari segi luaran in term of pemakaian baju or tudung semakin labuh. Cara cakap pun mungkin dah boleh detect dah bahawa mereka sememangnya melalui proses pentarbiyahan. Sometimes, aku boleh detect mereka ini jemaah mana....teeettt... Usrah adalah salah satu daripada proses pentarbiyahan. Usrah yang baik adalah usrah yang meninggalkan kesan kepada ahli usrahnya. Begitu juga dengan diri aku, aku mula melalui zaman ini masa dekat MRSM, akan tetapi effectnya pada diri aku kurang berkesan. Mungkin sebab aku tak matured lagi kot time tu so aku tak menghayati. Aku tahu tetapi aku tak apply. Tiba-tiba terfikir pasal adik-adik usrah dekat MRSM, apa lah jadik kat mereka agaknya. Aku dah lama kot tak hantar surat pada mereka. Last hantar lepas aku dapat result SPM. Aku rasa aku tak put much efforts on th

Manusia dan sifatnya.

Image
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk tubuhmu, kedudukan mahupun harta kekayaanmu.Tetapi, Allah memandang hatimu. Sesiapa yang memiliki hati yang soleh, maka Allah mencintainya. Anak Adam yang paling dicintai Allah orang yang bertaqwa". (Riwayat Muslim dan al-Tabrani) Allah tidak melihat kehebatan luaran seseorang, namun Allah melihat 'kehebatan' hati yang berusaha untuk sabar, ikhlas, qanaah, setia dan redha kepada-Nya. Aku selalu remind diri sendiri pasal ini tatkala melihat kelebihan yang ada pada diri orang lain. Ayat nak sedapkan hati aku walhal memang betul pun apa yang tersirat dalam hadis ini. Terasa merendah diri pulak bila tengok orang lain cantik, kaya, suara sedap and bla bla bla bla... Tidak kisah lah apa pun,jika hubungan kita dengan Allah itu baik maka kita akan terima segala apa yang berlaku pada kita tidak kiralah yang baik ataupun sebaliknya. Jika kita semakin menjadi zalim dengan Allah lantaran tidak puas hat