Posts

Showing posts from July, 2012

My abang

Image
Hari ini selepas terawih, aku cerita pada mak aku pasal abang sambil bermoreh (tengok makanan moreh banyak sangat). Teringat pula pasal dia.Ya, abang aku. Kalau ikutkan aku ada 2 orang abang tetapi satu dah tak ada. So, tinggal yang satu je la ni. Aku dengan abang aku beza 12 tahun. Masa aku form 3,aku duduk dengan abang and akak ipar aku. Dalam sebulan jugak la. Parents aku pergi menunaikan rukun Islam yang ke 5. Aku sekolah di sekolah yang sama tempat abang aku mengajar tetapi sekejap je la sementara parents aku pergi haji. Dia masukkan aku dalam kelas dia. Jadinya dia guru kelas aku. Setiap pagi dia akan keluar dalam pukul 6.30 pagi untuk belikan aku sarapan dan bekal untuk rehat. Aku balik jalan kaki sebab abang aku ada kelas dengan budak menengah atas. Abang aku balik rumah then dia jenguk aku kat bilik.First day sekolah..... Abang: Macam mana hari ini? Ok tak? Aku: Aku malu weh. Abang: Ha?malu apa? Aku: Aku sorang jer yang bawak bekal, semua orang beratur beli. Ramai o

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Image
Semalam pengumuman puasa sudah tersiar di kaca TV, maka comfirm la pada 21 Julai 2012 @ hari Sabtu @ hari esok puasa. So, malam ini sudah start terawikh and kalau aku nak update blog, memang kene update pada siang hari la jawapnya. Sesungguhnya Ramadhan itu mengajar kita erti kesamarataan. Orang kaya ke orang miskin ke, orang pangkat tinggi ke, orang pangkat rendah ke, orang bangsawan ke rakyat biasa ke....semua tak boleh makan. Semua puasa dalam jangka masa yang sama. Memang Tak adanya waktu buka puasa bagi orang kaya pada pukul 4 petang ,orang miskin pukul 8 malam. Then hal ini boleh mengikis sifat sombong.Islam itu adil ya. Sedekah amatlah digalakkan dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya sedekah itu mampu memadamkan kemurkaan Tuhan. Laksana seorang isteri yang marah and membebel pada husband dia, kalau husband dia bagi cincin emas 916 ,mesti isteri dia berhenti marah and speechless kan? Kira husband tu sedekah cincin la pada wife dia. Tak kan orang bagi kita sesuatu yang baik, kita

^_^

Image
Ohoho...semalam unofficial result sem 4 has came out. Seperti yang dijangkakan pointer aku menurun. Mana tak nya jawap paper epid ngan kaunseling macam terkena bang bang boom jer, kalo tak pun wakenabeb. Walau apa pun kene bersyukur ya. Time macam ini la nak tengok diri kita sendiri macam mana. Kalau hubungan kita dengan Allah baik, maka kita akan redha dengan apa yang kita dapat tak kisah la pahit mahupun manis. Jika kita semakin zalim, maka hubungan kita dengan Allah ada complications. Kedudukan kita disisi Allah sememangnya bergantung kepada kedudukan Allah dalam hati kita. (Ayat nak pujuk hati tapi betul la kan...) Log in facebook sambil tengok result, sahabat seperjuangan online. Kami berchatting la. Aku dengan sahabat2 tetap guna pronoun aku dan kau walhal mereka guna ana enti dengan aku. Agaknya lidah aku ini ada tulang gamaknya.  Aku : pointer ko ok ke? Sahabat : turun sikit, tapi tak pe la . Soalan memang susah pun hari itu. Aku : aku pun...redha je la. Nasib badan. Sa

Cerita dae'i

Image
Sebuah dialog di malam hari buat insan bernama dae'i Sang mad'u : "Akhi, dulu ana merasa bersemangat dan aktif dalam dakwah. Tetapi kebelakangan ini rasanya semakin hambar. Ukhuwah semakin gersang. Ana ingin berhenti sahaja dan keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan sikap beberapa sahabat. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri sahaja". Sang murabbi termenung. Tidak kelihatan raut terkejut dari wajahnya. Sang murabbi : "Bila mana enta menaiki sebuah kapal mengharungi lautan yang luas. Kapal itu sudah ternyata rosak, layarnya berlubang, kayunya sudah mereput, kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang enta lakukan untuk sampai pada tujuan?" Sang mad'u terdiam berfikir. Sang murabbi: "Apakah enta memilih untuk terjun ke laut dan berenang untuk sampai ke tujuan?. Bila enta terjun ke laut, sesaat enta akan merasa tenang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain

Cahaya muka Nabi S.A.W

Image
Sedang mengemas, tiba-tiba terjumpa risalah lama. Tertarik pula dengan contentnya. Banyak cerita tetapi ini sahaja yang mampu aku taip, nanti jika ada kelapangan cek taip lagi na... Telah diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahawa: "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajah nya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat? " Jawab Rasulullah: "Orang yang bakhil ." Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?". Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."