Miserable month.

Assalamualaikum...n hye=P

Just straight to the point, bulan ini aku punya gaji tak masuk sebab ada hal-hal admin yang aku rasa aku tak payah cerita, takut tersalah cerita jadi fitnah pula. Bukan aku seoranglah, ada lagi beberapa RA lain yang gajinya tersangkut bulan ini, Ok, let me tell you all about my miserable life in this month.

1) Firstly, gaji bulan ini tak masuk then aku terpaksa menggunakan wang simpanan aku di bank lain untuk bayar sewa rumah, bil, makan, minum, minyak kereta dan lain-lain. Alhamdulillah, selepas mengadu dengan supervisor and kakak, they lend me a few hundreds. Bulan ini aku memang tak dapat nak bagi parents aku duit belanja. Huh, bersabar ye.

2) Secondly, paip sinki dapur rumah aku bocor (kalau tak repair, tak boleh nak masak) and flush toilet dapur tak berfungsi dan aku pun contact plumber untuk betulkan. At the end, bila dah repair semua aku tanya berapa harga. Nak tahu berapa? RM 200 kau! Berhari-hari juga aku fikir kenapa sampai RM200 dan tersedar betapa dungunya aku tak bertanya pada plumber asbab kos repair sinki sampai RM200, aku memang tak nampak apa-apa pertukaran paip. Hanya sekadar mengorek saluran yang tersumbat. Ok, masih dapat bersabar. Plumber ni area Kajang dan nama bermula dengan huruf R, hehehe. So, apapun kene tanya harga dulu dan banyakkan bertanya.

3)Thirdly, kereta aku tiba-tiba terasa berat. Even dah tekan minyak dengan sehabis-habis, kereta tu tetap berjalan tetapi seperti kenderaan berat yang menaiki bukit. Kesian kereta belakang aku especially waktu pagi. Mereka nak punch in tetiba perlu berhadapan dengan kereta aku yang slow. Aih, bersabar lagi la ye. Then aku dah hantar bengkel. Alhamdulillah my CBG getting well. Aku memang percaya dengan uncle bengkel tu. Dah 2 kali( kerosakan yang berbeza) betulkan kereta dekat bengkel uncle tu. Surely kene bayaran but he's doing well and repairing cost is quite reasonable. Jauh lebih rendah dari repairing cost untuk paip sinki tu. Haha, tak habis-habis aku mention pasal paip. Aku terlupa apa nama bengkel dia sebab resit tertinggal dalam kereta. Bengkel dia berhadapan dengan sekolah (tak ingat pulak sekolah apa) di area seri serdang. Bengkel dia warna biru and corner lot. Sederet dengan pizza hut delivery.

In the nutshell, sepanjang aku menghadapi all these difficulties, aku memang put much trust to Allah. Mulut ini dah mula rajin sebut 'Lailahailla anta subhanakainni kuntumminazzalimin' maksudnya tiada Tuhan melainkan Engkau dan aku termasuk dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri. Trust me, everything is gonnabe alright. After repair paip, my sister transfer duit yang nilainya melebihi daripada kos repair paip pakcik R tu. After aku repair kereta, my brother pula transfer duit. Inilah life orang dewasa, fikir itu fikir ini. Bayar itu bayar ini. Alhamdulillah kerana mempunyai abang dan kakak. Ada juga orang yang aku nak pau. Haha. Ok, aku nak balik rumah. Bye.

Comments

  1. kesian nya....xpe, banyak2 bersabar...aku pon, dah 4 bulan duit jpa tak masuk... nasib baik dulu ade menyimpan.... tapi bila terdesak, menangis jugaklah aku :D hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 bulan?dasyatnyer weh...kalau 4 bulan, maunye nak habis duit simpanan...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah