Interview PTD M41 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhadulillah lulus PAC! Last month dah di interview, so sebelum aku hilang ingatan mengenai soalan  yang dibom pada aku semasa interview, aku share straight to the point apa soalan-soalannya.

1. Sila ceritakan apa2 sahaja yang berkaitan dengan diri awak especially your qualification. Degree apa? U mana?
2. Kenapa awak nak jadi PTD?
3. Awak background sains, kami lebih memerlukan mereka daripada background perdagangan, akaun, ekonomi, dan sumber manusia.  Tetapi kami tetap ambil calon sains cuma limited sahaja. Jadi, bagitahu saya kenapa saya perlu pilih awak?
4. Apa yang awak tahu mengenai pemerdagangan manusia?apa2 sahaja yang awak tahu, ceritakan pada saya.
5. Saya nak tanya awak mengenai sejarah. Selalu candidate kurang bagi perhatian pada sejarah. Dasar ekonomi baru tahun bila?
6. Duduk mana? dengan siapa? kawan2 atau family?
7. Rumah ada astro? selalu tengok cerita apa? Contoh cerita?
8. Rumah ada wifi?
9. Awak baca surat khabar tak? Surat khabar jenis apa? Kenapa pilih surat khabar jenis tu?
10. Cabaran semasa belajar? Luar kelas atau dalam kelas. Tak kisah mana2 pun.
11. Antara penyelidikan dengan pendidikan, awak minat yang mana?

Mode: Santai, macam berbual2 biasa tapi ada test knowledge and lifestyle trace. Nak jawab kene berhati2 dan faham apa yang kita cakap, otherwise kita kene tanya balik based on jawapan kita tu.
Medium: Bahasa Melayu (takdelah 100% BM ada jugaklah mix dengan BI)
Pakaian: Sopan dan formal. Kalau ada blazer pakai blazer.
Tempoh: Setengah jam (12.55 pm-1.29 pm)- Aku last candidate sesi pagi.
Interviewer: Pengerusi SPA (Dato' Seri Arpah) & seorang wakil jabatan (Both are female)
Tips: Senyum dan confident selalu walaupun actually kita tak tahu apa2 (Btw, aku tak tahu tips ni berguna ke tak, tapi tulah apa yang aku buat, kikiki).


Position masa interview tu sebijik macam ni, tetapi interviewers cuma 2 orang sahaja.
Gambar ihsan encik google.

Pada usia 25 tahun baru aku dapat interview SPA, sebelum ni semua interview private company sahaja. Apa pun, cuba semampu yang mungkin. Memang Allah dah tetapkan rezeki setiap anak Adam, tetapi rezeki tu tak datang bergolek, tawakal tak boleh setakat disandarkan dengan hati tetapi perlu disertai dengan perbuatan. Banyakkan membaca dan kumpul maklumat. All the best dude! Jangan lupa kabel paling besar iaitu berdoa pada Allah. Minta direct pada Dia, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kalau berjaya, itulah yang terbaik. Kalau tak berjaya, itulah juga yang terbaik untuk kita.

Comments

  1. Saya baca blog candidate lain yg pegi iv dorang cakap fully english.kira untung jugak kalau dapat panel yg iv dlm malay sbb english sy pun terabur skit😅
    p/s : sorry sy komen under disappointed customer.. Xblh tukar username kat stu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mula-mula macam dah prepare nak cakap English. Bila interviewer guna Bahasa Melayu masa first soalan tu saya jawab dalam Bahasa Melayu juga. Tengok interveiwer macam mana.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah