Trip to Yogyakarta

Assalamualaikum,


Aku scroll gambar dalam gallery phone. Terjumpa gambar2 masa pergi Yogyakarta last month (2hb-6hb Nov 2016). Yogyakarta formerly known as Jogjakarta. Firstly and honestly, aku tak pernah pergi luar negara previously. Ini pun sebab ada conference and di 'paksa' untuk present paper di sana. So,  perlu check status dekat imigresen (sebab aku ni PTPTN loan holder) ada halangan atau tidak. I'm so happy sebab my first place to step on the oversea land was Jogjakarta. Hahaha. Yela, orang lain semua pergi Melbourne, London, Tokyo, Bali, Krabi, Seoul and whatever lah but aku pergi Jogjakarta. Rare kot! MAS pun tak sampai sini. Flight Airasia je ada. Hahaha. 


Straight to the point je la ya:

1. Tempoh:

2 hb-6 hb Nov 2016: Rabu sehingga Ahad
  • 2hb (Rabu) petang depart dari KLIA2 sampai Jogja, petang Maghrib.
  • 3hb (Khamis): Sepanjang hari, dari pagi sehingga petang ada conference.
  • 4hb (Jumaat): Sepanjang hari, dari pagi sehingga petang ada conference
  • 5hb (Sabtu) Sepanjang hari berjalan (akan dicerita kemudian)
  • 6hb (Ahad): Depart ke Kuala Lumpur, pagi.


2. Hotel:

Aku prefer untuk stay dekat Hotel Amaris, Malioboro, Amaris ini ada 2 hotel. Aku pilih Hotel Amaris, Jalan Pajeksan (sangat dekat dengan Malioboro street) sebab berdekatan dengan Hotel Melia Purosani, tempat aku berconference. Jalan kaki je kalau nak pergi Melia, Bagi aku, Hotel Amaris ini agak murah dan selesa. Makanan dia pun not bad. Aku boleh telan dengan tenang dan tidak mengalami sebarang simptom keracunan makanan. Aku stay dekat sini 5 hari 4 malam (RM550) or 1.75 juta rupiah include breakfast. Aku duduk berdua sebilik dengan kawan aku. Sabun mandi, towel, berus gigi dan ubat gigi were provided but shampoo wasn't provided. So, bring your own shampoo kalau stay lama. Otherwise, gatal kepala weh. Hahaha.


3. Makanan:

Alright, 90% penduduk dekat sini adalah Muslim. So, isu makanan syubhah and tidak halal tu memang takde. Cuma, isu kebersihan je la. Malam pertama dekat sana aku jalan2 dekat Malioboro Street tu, survey dlu jalan nak ke Melia untuk conference esoknya. Malam tu juga survey tempat makan yang acceptable untuk dinner malam tu and next day lah. Untuk dua hari pertama, aku memang makan dekat Melia tu jelah, ada kupon lunch sebab conference. Untuk dinner tu kene cari sendiri lah. But, u know what? I came across Malioboro Mall there, just nearer to the Malioboro Street. So, aku makan bakso and nasi ayam penyet dekat mall tu je. Hahaha. Macam selamat je aku tengok. Bekalan ubat-ubatan pun tak banyak. Aku cuma bawa minyak angin dengan panadol je. So, haruslah menjaga pemakanan dan kesihatan di negara orang. Bajet makanan termasuk minuman dalam 30-60 ribu rupiah (RM 10-RM20) untuk sekali makan. Dekat Hotel Amaris tu pun ada restoren, boleh order untuk dinner. Makan dekat situ juga.



4. Tempat yang disarankan untuk dikunjungi:

  • Malioboro Street: 
    • Aku pergi Malioboro Street setiap malam. Setiap malam, aku ulang 'setiap malam'. Gilaakkk. Hahaha. Sebab dekat sangat dengan hotel. Asal nak balik hotel je mesti singgah mana2 kedai dekat Malioboro Street tu. 
    • Banyak jual souvenier. Baju, seluar, kain, batik2, pencil case, bag, keychain semua bersepah. Juling biji mata. Yang keychain tu ada  yang 10 biji 30 ribu rupiah, cari sampai dapat 10 biji keychain 10 ribu rupiah. Kalau baju t-shirt tu cari sampai dapat 20 ribu rupiah sehelai. Hahaha. Tapi depend juga lah, yg long sleeve and size XL harga lebih 20 ribu rupiah. Seluar batik tu, ada yang harga 60-70 ribu rupiah. So, cari sampai dapat sehelai seluar batik tu 20 ribu rupiah. Hahaha. Kene banyak survey and banyak jalan. Kalau aku stay sini sebulan, confirm jadi underweight sebab berjalan je kerja nya.
    • Bajet souvenier: Suka hati poket masing2, hahaha.
  • Candi Prambanan:
    • Hari Sabtu baru aku berjalan keluar. Aku pergi ke Candi Prambanan sebab candi ini lebih dekat dengan hotel aku berbanding dengan Candi Borobudur. Dekat2 pun dalam setengah jam jugak lah. Borobudur, aku memang decide taknak pergi sebab tak kan sepanjang hari aku tengok candi je kan. Bajet untuk masuk candi ni agak mahal la juga. Dalam 200 ribu hingga 300 ribu rupiah (tak ingat). Tapi kalau kad student bisa dapat separuh harga. So, time tu aku tunjuk kad matrik aku, aku kene bayar dalam range 100-150 ribu rupiah (RM30-40). Dalam kawasan candi ni sangat luas. Bukan Prambanan je yang ada, ada banyak lagi candi2 lain. Kalau tak larat nak jalan, boleh naik bas yang takde dinding tu. Bas macam dekat zoo tu.

View of Candi Prambanan

  • Merapi Adventure
    • Lepas dh snap gambar dkt candi Prambanan, pergi Merapi pulak.
    • Trip yang ni takde lah pergi ke gunung merapi yang terkeluar lava tu. Yang ni ada beberapa checkpoint. Pergi rumah yang terkena letusan, batu rupa muka orang and last check point tu pergi tempat yang ala2 gunung. Untuk Merapi adventure ni kene guna jip. Satu jip route paling pendek aku amik dalam 300 ribu rupiah.  Tapi satu jip boleh muat dalam 4 orang. So, boleh kongsi2. Shortest route ni pergi balik amik masa dalam sejam lebih.
    • Suasana tempat ni okay sejuk dan berkabus je. Cuma mungkin berhabuk sikit lah, sbb tu dapat mask free. Lagi stu naik jip tu sangat mengegarkan tulang2 dalam badan aku. Sakit badan kot. Tapi bila lagi nak try kan? So, aku pun redah jela
    • Me! Sedang menikmati keindahan alam. Haha, yang ni last checkpoint.

  • Pasar Beringharjo
    • Aku jalan ke sini after aku balik daripada Merapi tu. Pasar ni tutup pkul 4 ptg. So, memang memang aku rushing berlari2 berpeluh ketiak macam masuk fear factor Asia. Over nya. Haha.
    • Pasar ni ala2 pasar Payang dekat Terengganu tu. Dalam pasar ni ada jual macam2 termasuk lah bawang, beras, cili kering. Dekat satu site yang lain ada jual barang pengantin, baju pengantin, doorgift. Doorgift dia berlambak dalam plastik besar2. Segala bagai sepit kuku la tempat letak bunga telur la semua ada. 
    • Dekat satu site yang lain barang dia macam dekat Malioboro Street tu, jual t-shirt, beg, seluar,keychain and baju2 semua. 

Okay, itu sahaja yang masih aku ingat dan mampu dikongsi. Actually banyak lagi tempat menarik dekat sini. Tetapi disebabkan time contsraint and limited budget so ini jelah yang termampu. Hahaha.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah