Thursday, 9 February 2017

Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum...


Aku nak share resepi nasi ayam yang sangat mudah dan simple untuk dapur bujang yang serba kekurangan macam aku ini. Buka peti ais pening fikir nak masak apa. Ada ayam, ada seciput timun dan salad so bolehlah buat nasi ayam. Kiub pati ayam pun tak ada tau tapi jadi jugak nasi ayam tu sebab ada secukup rasa. Hahaha. Guna jela apa yang ada.


Main ingredient:
Ayam (5-6 ketul)
Bawang putih (4 ulas)
Halia (2 inch)
Bahan perasa (aku guna secukup rasa Maggie)
Beras (2 pot)
Salad/Timun/ Tomato (lagi banyak lagi bagus)
Kicap (agak-agak jela)
Sos Tiram (agak-agak jela)
Lada merah (2 batang)
Sos cili
Gula (secubit je)


Nasi Ayam
1. Cuci beras 2 pot. Letak tepi dulu.
2. Dalam periuk lain, rebus ayam (aku guna kaki ayam)
 bersama dengan halia, bawang putih
 dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Ceduk air rebusan ayam tu masuk dalam rice cooker
yang ada beras dicuci tu.
4. Lepas tu masak la beras tu sampai jadi nasi. Hahaha.
Kacau-kacau sikit nasi tu biar perasa dia distribute evenly.


Ayam
1. Selalu ayam untuk nasi ayam aku tak goreng, 
aku bakar je guna pemanggang ajaib. Jimat minyak and lagi sihat.
2. Ayam (5-6 ketul) aku cuci dulu, perap dengan sos tiram, 
kicap cair, halia ditumbuk, letak madu sikit, lada hitam sikit.
3. Perap dalam 15-20 minit and bakar sampai masak thoroughly.


Sambal
1. Sambal aku buat style kuah popiah tu. Tumbuk bawang putih (1 ulas) 
dan lada merah (2 batang)
2. Hidupkan api, masak lada tu atas api. Letak cili sos sikit, air sikit 
and gula sikit.


Sayur
1. Basuh salad/timun/tomato and hiris. Tak payah masak. Haha.


Senang kan? Budak tadika pun boleh buat. Haha.








No comments:

Post a Comment