Saturday, 29 July 2017

Double Confirm

Assalamualaikum readers,


As usual, straight to the point je lah ya. Kali ni lebih kepada isu sebelum kahwin. Aku baru lepas break up dengan my ex future husband a few days back. Basically, tiada jodoh. Bila Tuhan sudah tetapkan memang tiada jodoh maka perjalanan sepanjang perhubungan memang tidak akan berjalan lancar. A lot of tough things happened within almost two years of our relationship. Kami gone through that but after all sudah tiada daya lagi. At last, kami end dengan cara yang baik. Masih lagi baik dan tiada caci maki berlaku.


Firstly, kami memang merancang untuk bernikah. Family aku dengan family dia pun sudah dipertemukan. Awalnya smooth but both of us are students and both families decided untuk kami settle kan study dulu. Kami pergi kursus kahwin sama-sama. Setiap sujud, aku doa semoga jalan kami dipermudahkan. Tetapi!  aku lupa, aku lupa satu benda paling basic adalah adakah memang dia ni betul-betul jodoh aku ke atau bukan. Sepatutnya aku kena confirmkan dengan Tuhan dahulu yang dia ni memang jodoh aku sebelum aku minta yang bukan-bukan dengan Tuhan seperti dipermudahkan jalan or lembutkan hati ibunya terhadap aku. Well, sebab rasa sayang pada dia memang dah ada so aku takut untuk melakukan istikharah sebab takut bukan dia pilihan Tuhan. Then, aku suruh mak aku buatkan istikarah untuk aku.


Aku pula baru start buat istikharah masa bulan Ramadhan yang lepas. Many times, after balik terawikh sebelum tidur aku buat. Bukan sekali buat but banyak kali. Selagi belum dapat petunjuk selagi itu perlu teruskan. Bila raya, aku rasa aku makin jauh dengan dia, hati aku jadi tawar dengan dia. But, since it was raya kan (syaitan pun dah dilepaskan) so, aku pun macam fikir itu cuma godaan syaitan. Aku selalu minta Tuhan tunjukkan aku petunjuk yang jelas, paling jelas supaya aku mudah faham. I keep doing istikharah and one day aku dah dapat jawapan istikharah aku. Alhamdulillah ala kulli hal. Sangat jelas sehingga rasa tak mampu nak tolak dah (tak perlu cerita kot). So, stop here and move on. Aku happy sebab Tuhan bagi aku jawapan, terharu weh. One more thing, mak aku pun rasa tak sedap hati dengan dia and mak pernah bermimpi, mak nampak rumah besar tetapi tangga rumah tu reput. Bad clue there.


Moralnya, silalah bertanya kepada Sang Penentu Jodoh dahulu. Confirmkan betul-betul. Letak ke tepi dulu perasaan tu, buat je istikharah, In Sha Allah Tuhan bagi jawapan. Belajar untuk redha. Belajar dan pujuk hati untuk redha. Ada hikmah yang kita tak jangka nanti. In Sha Allah, Ameen.

No comments:

Post a Comment