Cara Tutup Akaun SSPN

Assalamualaikum and hai!


Basically, ayah aku ada buka akaun SSPN untuk aku semasa aku tingkatan 4. So, ayah aku adalah pendeposit dan aku adalah penerima manfaat. Pendeposit sahaja yang boleh keluarkan duit SSPN atau tutup akaun. Before this aku memang tidak pernah keluarkan duit SSPN ini. Selalu topup duit masuk je. Berzaman dah. Since aku pun dah habis belajar, aku pun decide untuk tutup akaun SSPN.

Penyata terakhir. Tinggal kenangan.


Awal Oktober 2017, aku ada pergi pejabat PTPTN Muar (dekat dengan bulatan). Mudah dan cepat. Beberapa minit siap. Haha. Cakap je dekat staff PTPTN nak tutup akaun SSPN. Ada isi borang sikit, pendeposit kena tandatangan dekat borang itu. Bagi salinan IC dan salinan  penyata bank pendeposit (as long as ada nombor akaun bank, nak print online pun boleh). Before this, ayah aku pernah datang dan bagi salinan depan buku BSN, tetapi staff PTPTN sini cakap duit tidak boleh ditransfer ke BSN. ASB dan Tabung Haji pun tidak boleh. So, kali ini guna bank CIMB. Alhamdulillah, dalam tempoh tidak sampai 2 minggu duit dah masuk. Mak cik kayo!!!

Comments

  1. Hi,nak tanya duit akan masuk full je kan selama yang kita simpan tu?takde tolak apa apa?

    ReplyDelete
  2. Nak tumpang tanya... Ayah dulu masuk SSPN ada deduct untuk tax LHDN ke?

    ReplyDelete
  3. Salam, tumpang tanye..just ic, dan salinan penyata bank je la yg diperlukan?kad sspn tak perlu kan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad SSPN saya tak pulang pada dia, ada tanya jugak masa tu. Tak payah pulangkan.

      Delete
  4. tumpang tanya, kalau katakan pendeposit masukkan duit rm30 (rm20 sebagai simpanan tunai, rm10 sumbangan takaful) setiap bulan, masa nak tutup akaun tu nanti dapat full termasuk sumbangan takaful atau tidak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, yang tu tak pasti. Boleh tanya dekat kaunter masa nak tutup nanti. Sebab saya memang full saving, zaman saya tiada takaful tu.

      Delete
  5. Waalaikumsalam, paling lewat dua minggu tak silap.

    ReplyDelete
  6. hai nak tnyaa. borang penutupan akaun tu akan diberi ataupon kena download online?

    ReplyDelete
  7. Saya nak tnya klau masuk ke bsn tak apa kan,brpe hri ye kalu yang bsn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi tu staff situ cakap BSN tak boleh, cuba tanya dulu area tempat awak BSN boleh ke tak.

      Delete
  8. Penyata bank tu yang pendeposit punya la ea? Bukan penerima manfaat?

    ReplyDelete
  9. Kalau akaun SSPN-i plus di ttup oleh PTPTN sebab tk msukkn duit, adakah ia memberi kesan kpada pnjaman PTPTN yg dibuat oleh anak sya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak. Setahu saya, SSPN ni untuk kegunaan anak bila masuk universiti. Maksudnya savings buat bayar yuran atau beli barang persediaan di universiti. Macam saya, saya tak gunakan SSPN pun, pinjam PTPTN dapat full loan. So, duit dalam SSPN tu memang peram je la, sentiasa masuk takde flow keluar.

      Delete
  10. Berapa umur maksimum untuk teru mencarum dalam SSPN?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah