Domestic engineer

Assalamualaikum w.b.t,


Hey people, aku baru officially grad last week. Seperti biasa la gambar atas stage mesti penuh dengan kontroversi. Kali ni muka aku macam cikgu disiplin, haha. Gambar yang aku belanja ni luar dewan, rasa macam ni je elok. Haha.Okay, what am i going to write? Aku pun not sure but it is something related with employment. Aku start balik kampung bulan June after aku submit amended thesis. So, about five months jadi domestic engineer so far. After hari raya aidilfitri banyak benda aku kena settlekan, aku ke hulu ke hilir, uruskan hardbound thesis, tuntutan elaun thesis mybrain and beberapa urusan untuk konvo. Oh ya, aku buat part time job like analyse data and writing journal paper at home. Sampai sekarang aku memang writing paper.


Yang sebelah kiri tu naqibah usrah aku, yang sebelah kanan tu my forever roomate

Eh apa sebenarnya aku nak cerita ni? Okay la, macam ni. Aku ada attend first interview bulan Ogos lepas, yes i got a job offer but aku reject atas few reasons. At first aku memang interested dengan job tu tetapi setelah aku attend interview and korek itu ini aku rasa aku taknak. After a week, i got a call that they offered me that job. Less than one hour after aku reject that job aku dapat interview call lain, yang ni aku memang satisfied la. Jobscope dalam iklan memang sama dengan jawapan yang aku dapat time korek2 masa interview. I didn't get this one. Only one position available.

Then aku attend third interview, dekat je dengan area rumah aku. After two weeks, macam senyap je then aku apply job lain. Aku attend another two interviews dekat Klang valley after third interview ni. Kiranya total lima interviews aku attend and aku sangat tegas untuk interview keempat dan kelima. Aku memang pesan kalau tak dapat sila inform aku, supaya aku boleh search other job. Jangan keep silent je pada yang unsuccessful candidates. Interviewers tu macam speechless dengar request aku and angguk-angguk gitu, kahkah. Suddenly company yang nearby  area rumah aku, call and suruh aku masuk kerja lusa. HR dia call aku hari Sabtu and suruh aku masuk kerja hari Isnin (8 Oct). Aku pun cakap terus terang aku akan ambil banyak cuti  bulan October sebab nak ambil jubah konvo, nak attend raptai and nak konvo. Turn aku konvo hari Isnin.

Company tu cakap takpe, lapor diri on 1st Nov. I'm okay with that, on 31st Oct aku called company tu untuk confirmkan aku akan masuk 1st Nov esoknya. Then dia cakap so far tiada intake untuk position xxx tu. Aku pun explain macam mana yang aku explain kat atas. Dia admit and minta maaf, manager minta hold dulu. You are wasting my time! Actually aku ada dapat job lain di Selangor (5th interview). Aku reject job tu sebab aku accept job yang dekat dengan area rumah aku ni. Rasa macam useless, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Hmm, aku kena muhasabah diri semula, aku tak sepatutnya cakap aku akan minta cuti la kan? ke macam mana? or HR tu ada miscommunication dengan manager dia? or mungkin kifarah sebab aku reject first job tu?. Aish, macam-macam fikir, kena banyakkan bersabar dan solat. Kita pun tak tahu apa yang Tuhan simpan untuk kita. Bumi Allah itu luas, rezeki ada di mana-mana.


Comments

  1. Salam hai maaf ganggu..nak tanya berapa lama ya tempoh untuk dapat claim thesis mybrain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya submit awal bulan October 2018, lepas tu dapat claim rm3000 tu hujung bulan Feb 2019. Less than 6 months la gitu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah