Cabut gigi bongsu

Assalamualaikum!


Sebelum bertukar tahun, ada benda aku nak share. Sebulan sebelum puasa tahun ni (dalam bulan April), aku cabut gigi geraham bongsu atas sebelah kiri. 

1. Masalah yang pertama aku kena adalah, gusi aku bahagian hujung yang bawah sebelah kiri selalu bengkak. Bengkak dia sampai tahap aku makan mash potato. Makan bubur nasi pun tak boleh, mungkin kena blend dahulu bubur baru boleh telan. Maksudnya kalau boleh makan tu terus telan, aku selalu beli mash potato dekat kfc drive tru. Kalau aku kunyah, mesti keluar air mata. Nasib baik masa tu aku dah viva.

2. Masalah kedua lanjutan dari masalah pertama, gusi hujung bawah tu sekejap baik sekejap bengkak balik. Aku tengok la dekat cermin, macam takde apa. Nak kata gigi bongsu bawah tu tumbuh, takde pulak. Bengkak seminggu, baik seminggu then bengkak balik seminggu. Dia punya sakit tu sampai ke pipi. Dinding pipi yang dalam mulut tu macam merah2 gitu.

3. Masalah ketiga, selepas beberapa hari aku find out something, gigi bongsu aku yang betul2 atas kepada gusi bengkak tu dah tumbuh sepenuhnya tapi tak sakit pun yang atas tu. Masalah yang ni aku rasa punca kepada semua masalah, gigi bongsu aku yang atas sebelah kiri tu tumbuh senget. Memang dia keluar sepenuhnya tapi permukaan gigi bongsu tu sepatutnya berlaga dengan permukaan gigi bawah. So, bila kita kunyah, gigi atas akan berlaga dengan gigi bawah untuk kunyah makanan. Tetapi kes aku ni permukaan gigi bongsu tu menghadap ke dinding pipi. Aku pernah xray gigi tu, gigi tu memang terkeluar sikit. Tapi masa dia belum keluar habis tu tak sakit dan tak effect gigi lain pun. Jadi, aku biar je la.


Semua ni tak berkaitan dengan kes aku. Tapi sakit jugak la.


Aku pergi la klinik kesihatan Sg Mati, tetapi masa aku pergi tu gigi aku tak bengkak la. Dr tengok, uih gigi bongsu atas yang tumbuh senget tu kalau kunyah memang dia akan kunyah dinding pipi sekali, sebab tu sakit. So, kena cabut. Aku pun macam berfikiran jauh ke hadapan, nanti nak puasa, nak raya, nak makan rendang daging liat ke apa ke kan, baik aku cabut je.

Aku siap tanya, kena refer ke hospital ke apa ke. Dr gigi cakap takpe dia boleh buat, cabut dekat klinik je sebab gigi dah keluar sepenuhnya. Masa dia cucuk bius tu, dia pakai alat apa tak sure, tapi bukan inject yang ada jarum tu la. Tak sakit pun, dia cuma letak ubat dekat sekeliling gigi bongsu senget tu je. Teknologi memang semakin hebat. Seingat aku dulu masa sekolah, aku pernah kena inject bius kalau nak cabut gigi geraham. Lepas tu paralyse sebelah muka. Huhu.

Dia suruh aku duduk luar sekejap, aku duduk2 takde la rasa muka paralyse sebelah, okay lagi boleh berbual2 dengan ayah aku. Tak lama lepas tu, masuk balik and dia cabut. Dr try dulu, dia ketuk2 dulu gigi tu, then dia tanya sakit tak. Aku jawab tak, sebab dah bius kan. Lepas tu dia cabut. Tak sakit pun. Aku balik dengan gembira walaupun satu gigi dah takde. Huhu. Oh, aku kena bayar rm2 sahaja. Rm1 masa daftar, lepas cabut bayar lagi rm1.

Comments

  1. sakit x masa cabut tu? lepas cabut terus ok ke? sy macam alami benda yg sama.. gigi atas tu tumbuh senget hala ke pipi.. pastu tajam plk tu.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sakit, sebab dia dah letak ubat kebas dulu. Okay je, tak terasa sangat pun sebab dia paling hujung. Kita makan selalunya guna gigi yang depan2.

      Delete
  2. Nak tanya boleh, memang doktor cakap kena cabut ke kalau gigi bongsu atas tu tumbuh menghadap ke dinding pipi? 😭😭😭😭😭😭 Saya punya dah lama setahun keluar, tapi sikit2 dia keluar. Tapi skrg dah rasa tapak full, cuma tak tahu panjang dia dah keluar semua ke tak. Takutnya kalau kena cabut... Memang doktor ckp kena cabut ke eh? 😭😭😭😭😫😫😫😫😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama la macam saya, awal2 memang gigi tu keluar sikit je, takde effect pada gigi yg lain. Saya tak rasa sakit. Tapi bila dia dah keluar habis tu dia hentam gigi kedua hujung, sakit. So, Dr cakap cabut je la gigi bongsu hujung tu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah