Short Escape: Genting Highland


Assalamualaikum yalls,

Sekarang ni bulan Februari 2019, so Selamat Tahun Baru! Bulan Januari tu tak kira sebab ia sekadar trial tahunan je, yang betul-betul untuk memulakan tahun baru adalah bulan Februari. Haha, kidding. Okay, actually aku ada sesuatu nak share. Bulan lepas (Januari 2019), kebetulan aku ada urusan naik KL, abang aku pun ada urusan naik KL dan kakak aku memang duduk KL. Masing-masing macam busy on Sabtu and Ahad, semua free on Isnin (Thaipusam) sahaja. So, kita orang berenam (abang+isteri abang+anak abang 2 orang + kakak+aku) pergi naik Genting Highland. Pergi balik hari, takde tidur hotel pun.

Genting Highland tempatnya tinggi, jadi barang-barang dekat sana akan jadi lebih tinggi. Contohnya sebotol air mineral 500 ml boleh mencecah sehingga rm5. Sebelum pergi tu lebih baik la isi perut dulu. Kita orang pergi sana dalam pukul 11 pagi. Lambat sikit sebab pagi tu masih fikir dan google tempat yang best. Sebelum bergerak tu memang dah masak lunch siap2 dan makan. Lepas makan, baru depart. Bawa air kosong siap-siap, roti ke biskut ke angkut la sekali. Rumah akak aku dekat Ampang, macam tak jauh la dengan Genting tu. Dalam 45 minit gitu. Pergi satu tempat je, Genting Highland Premium Outlet. Aku tak shopping pun dekat GPO tu sebab aku pun tak tahu nak beli apa. Dekat dalam tu kalau naik atas lagi ada Awana Skyway.


Akan ada petunjuk arah macam ni, follow je


Kita orang cuma pergi nak cuci mata dan naik gondola (kereta kabel) je. Haha. Abang aku amik gondola paling murah, yang standard punya tu. Dua hala pergi balik rm18. Sehala rm9 la. Tapi takkan naik je tak turun-turun kan? Sama je harga dewasa dan kanak-kanak. Dari GPO nak sampai ke atas ada la dalam setengah jam. Sampai atas tu ada mall yang besar.  Bersebelahan dengan taman tema (belum siap sepenuhnya). Dah sampai tu kita orang jalan-jalan dulu, takde la terus nak turun ke GPO semula. Actually, nak naik sini drive kereta sendiri pun boleh tetapi memang muntah hijau la nanti.


Dalam tu ada Skytropolis

Dekat atas tu memang banyak restaurants, tapi berhati-hatilah tak semua halal. Kalau tengok food handlers pun kebanyakannya bukan Muslim. Kita orang ada la jugak kunyah-kunyah, singgah Marrybrown. Turun bawah balik dekat GPO, ada surau dekat situ. Perform Zuhur dekat situ. Laluan balik nak turun daripada GH tu ada garden dengan bee farm. Tapi tak singgah pun sebab dah petang sangat. GH dah banyak berubah, aku tak pernah dengar apa-apa dekat GH selain casino. Sekarang dah banyak tempat untuk cuci mata. One more thing, aku takde nampak hantu pulak dekat situ. Haha. Aku selalu baca horror story kebanyakannya dekat GH. Mungkin, kena pergi lagi overnight dekat sana baru jumpa agaknya. Eh gurau je.



Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Ganti Bearing Alternator Kereta

Mimpi Gigi Patah