Virus Iman
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, Maka begitulah iman boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya" . Virus iman adalah ego (takabbur). Jangan ada sifat takabbur, pasti cinta hancur. Orang takabbur merasa dirinya lebih mulia daripada pasangannya . Merasa orang lain lebih hina . Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, kedua-duanya saling membersihkan. Tetapi "tangan" yang ego, tidak mahu bersentuhan. Kononnya takut dikotorkan oleh tangan lain!