Posts

Showing posts with the label santai

Gosok gigi...

Image
Ada seorang doktor gigi perempuan yang cantik datang ke sebuah kampung untuk melakukan pemeriksaan kesihatan gigi kepada penduduk kampung. Bila semua penduduk sudah berkumpul di dalam dewan, doktor tadi tu pun bertanya. Doktor: Pak cik-pak cik disini gosok gigi berapa kali sehari? Pak cik Saad: Pak cik gosok sehari sekali je. Pak cik Mail: Eh! sekali je, aku gosok gigi dua kali sehari. Doktor: Bila Pak Cik gosok gigi? Pak cik Mail: Pagi dengan malam la. Pak cik Usop: Pak cik gosok gigi dua belas kali. Doktor: Banyaknya pak cik, bila pak cik gosok? Pak cik Usop: Januari sekali, Februari sekali, Mac sekali, April sekali...bla...bla...bla...bla...

Menyamar...

Anuar dan Zain merupakan pengurus bola sepak kampung mereka. Namun begitu,pasukan mereka kalah teruk 'dibelasah' pihak lawan. Mereka sebagai pengurus bola sepak merasa amat malu dengan orang kampung terutamanya. Mereka merancang untuk menyamar apabila keluar ke pekan kerana malu. Zain keluar ke pekan dengan berpakaian seperti Pak Arab.Tiba-tiba ada seorang nenek tua menegurnya. "Hey Zain,jumpa kat sini kita ye". Zain terus melarikan diri. Dia merasa amat pelik bagaimana nenek tua itu boleh mengenalinya walaupun dia sudah mengenakan pakaian ala Pak Arab. Zain merancang helah lain pula untuk hari seterusnya. Hari berikutnya Zain pergi ke pekan dengan memakai baju koboi.Nenek tua yang sama menegurnya. "Hey Zain,ko pakai baju koboi pulak hari ni" Zain pun bertanya kepada nenek tua itu: "Macam mana nenek boleh kenal saya, saya tak kenal nenek pun" Nenek tua tu pun berbisik: "Hey, ni aku la Anuar".

K.E.C.E.M.A.S.A.N

Image
Ada seorang lelaki(lelaki A) sedang duduk di lobi sebuah hospital.Kemudian dia didatangi seorang lelaki    (lelaki B) yang agak sudah berumur duduk disebelah lelaki A. Lelaki A: Pak cik sakit apa? Lelaki B: Kencing manis.Kamu ni kenapa pulak? Lelaki A: oh!tak de pape,saya melawat kawan saya accident. Tetiba kedengaran satu suara menjerit:KECEMASAN!KECEMASAN!KECEMASAN! Lelaki B: Orang tu lagi teruk dari pak cik. Lelaki A: Kenapa pulak? Lelaki B: Ye la,pak cik kene kencing manis. Dia pulak kene kencing masin. Lelaki A:........???? Moral of the story:Jagalah kesihatan...=)

Teh panas vs Teh sejuk

Image
Seorang lelaki singgah di sebuah gerai. Disebabkan wang yang ada cuma 70 sen sahaja, dia bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk. Pelayan gerai menjawab... "Teh panas 70 sen, sejuk RM1.20". Lelaki itu terus meminta teh panas. Apabila pelayan menghantar segelas teh yang berasap, tanpa teragak-agak lelaki itu terus meneguknya sampai habis sambil tercungap-cungap menahan rasa panas minumannya itu. Pelayan itu kehairanan kenapa teh panas itu boleh habis dihirup dalam sekelip mata. Lalu lelaki itu memberinya  70 sen lantas menjawab:"Kalau lambat air ni jadi sejuk nanti tak pasal-pasal saya kene bayar RM1.20. Lebih baik cepat-cepat minum, jimat 50 sen".