Posts

Showing posts from February, 2019

Short Escape: Genting Highland

Image
Assalamualaikum yalls, Sekarang ni bulan Februari 2019, so Selamat Tahun Baru! Bulan Januari tu tak kira sebab ia sekadar trial tahunan je, yang betul-betul untuk memulakan tahun baru adalah bulan Februari. Haha, kidding. Okay, actually aku ada sesuatu nak share. Bulan lepas (Januari 2019), kebetulan aku ada urusan naik KL, abang aku pun ada urusan naik KL dan kakak aku memang duduk KL. Masing-masing macam busy on Sabtu and Ahad, semua free on Isnin (Thaipusam) sahaja. So, kita orang berenam (abang+isteri abang+anak abang 2 orang + kakak+aku) pergi naik Genting Highland. Pergi balik hari, takde tidur hotel pun. Genting Highland tempatnya tinggi, jadi barang-barang dekat sana akan jadi lebih tinggi. Contohnya sebotol air mineral 500 ml boleh mencecah sehingga rm5. Sebelum pergi tu lebih baik la isi perut dulu. Kita orang pergi sana dalam pukul 11 pagi. Lambat sikit sebab pagi tu masih fikir dan google tempat yang best. Sebelum bergerak tu memang dah masak lunch siap2 dan makan.