Posts

Showing posts from March, 2011

APRIL FOOL.....

Image
April Fool's day dirayakan sewaktu KEJATUHAN kerajaan ISLAM di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol.Kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera-tentera Kristian.Tentera-tentera Kristian berusaha untuk MENGHAPUSKAN orang-orang ISLAM di Sepanyol .                                                                                      Orang-orang ISLAM diberitahu mereka dibenarkan keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka.Mereka bimbang ditipu namun setelah melihat kapal-kapal di pelabuhan,mereka berpuas hati.Mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesoka harinya(1 APRIL),mereka mengambil semua barang keperluan dan menuju ke pelabuhan.Pada kesempatan ini,tentera KRISTIAN mengambil kesempatan mengambil kesempatan untuk membakar rumah-rumah mereka.Mereka juga tidak sempat menaiki kapal-kapal mereka kerana kapal-kapal mereka dibakar oleh tentera-tentera KRISTIAN .Tentera KRISTIAN membunuh semua kaum muslim,  lel

Qiam@tahajjud....

Image
Segala puji-pujian dirafakkan kepada Allah s.w.t,Tuhan Pencipta sekalian alam,Tuhan yang mengurniakan segala nikmat supaya hamba-Nya dapat pergunakan untuk kemudahan beribadah atau mengabdikan diri kepada-Nya. Rasulullah s.a.w bersabda: " Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru:'Siapakah dia orang-orang(di dunia dulu yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka(qiamullail)?'Lalu sekumpulan kecil orang-orang yang yang bangun malam itu , masuk syurga tanpa dihisab.Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk dilakukan hisab pada semua manusia. " Sebab-sebab yang memudahkan untuk qiamullail: Sebab zahir: Tidak makan terlalu banyak Jangan berpenat pada siang hari Jangan meniggalkan tidur qailulah Sebab batin: Menjauhkan dosa Selamatkan hati dari prasangka Menjauhkan diri dari amal bidaah Mengetahui kelebihan qiamullail Doa solat tahajjud: " Ya Allah,bagi-Mu sega

Jawap je la....

Hari nie aku ade test fisiologi manusia...test yg ke 2,banyak lagi yg aku xbace nie...kalo bace pun brape sgt la input kalo nk dicomparekn ngn output....jawap je la takat mampu...Ya Allah,takotnyer...

Part 2: Aku sayang dia...

Image
Aku balik rumah hari Khamis lepas,saje je nak release tension.Banyak sangat keje kat kampus(padahal ade test2 hari Isnin berikutnye,poyo).Kat rumah,aku dok citer kat mak aku pasal ape tah(ade la).Macam nie la dialog nyer Mak:Korang sume dah besar,mak ayah tinggal berdua je kat rumah. Aku: A kak n abang je la yang besar,nana tak besar pun...maintain je BMI nie Mak:Ye la,sume dah dok jauh ngan mak Tetibe je dia masuk dapur,tengok kiteorang masak.... Mak:Patot la orang kalo xde anak bela kucing,mak pun bela kucing sekali sebab anak2 dok jauh2...  ni la dia yg aku dok citer 2,name dia kak ros

.....sobs3x....

Image
Aku tengah sedey....

Dinner foodnatic....

Image
Hari jumaat(18 Mac 2011) aku pergi dinner kelab aku,kelab foodnatic...tetapi baru sekarang lah hendak tulis kat blog sebab gambar2 dinner belum di upload lagi..temanyer urban,pink,hitam dan putih.So,semua orang pakai warna pink,hitam dan putih kecuali aku kot...erm...tidak kisah lah asalkan aku pakai baju.Dinner ini sebab hendak meraikan pelajar2 tahun akhir course dietetic dan nutrition..                                                                          

testing2...1,2,3

Image
Esok ( 16 Mac 2011 ) aku ade test 2 untuk subjek nutrition through life cycle . Tetibe je aku teringat kata2 sahabat aku di matrik dahulu.Masa itu aku hendak PSPSM kot.Lebih kurang macam itu lah. "Menuntut ilmu ini juga merupakan medan jihad ,lagi satu kalau kita tengok kertas,anggaplah ia sebagai buku amalan kita,pembaris itu ibarat Al Quran,penunjuk jalan yang lurus.Pemadam/liquid paper sebagai amalan2 yang dapat memadam dosa2 kita manakala yang paling penting pensil/pen merupakan alat yang digunakan untuk menulis sesuatu di kertas(buku amalan).Anggaplah pen/pensel itu sebagai senjata utama kita". Then beberapa hari sebelum exam final,sahabat aku dari generasi lain hantar mesej pada aku.Lebih kurang macam ini lah bunyinyer.. "Jangan menaburkan fitnah atas jalan dakwah dengan disebabkan jenayah akedemik yang kita lakukan" Bila fikir2kan balik,betullah itu....orang sekarang ini memang tidak akan pandang daie yang mempunyai result yang kurang mantap...Sepatutn

tut2...1 message received....

Petang tadi baru lepas habis kelas, aku dapat 1 mesej yang menyebabkan aku rasa macam kene langgar lori(padahal tidak pernah rasa pun).Aku 'forward' balik mesej ini pada korang pulak ye... As I received:"A nuclear power plant in Hukumi,Japan exploded at 4.30 a.m today(14 Mac 2011).If it rains tomorrow/later,don't go outside.If you are outside be sure that you have rain protectors.It is acid rain.Don't let it touchyou,it may burn your skin/lose you hair/have cancer.Stay save and remind everyone you know." (kak ct:6.30 p.m) Bila difikir-fikirkan balik,Allah tidak akan menciptakan sesuatu yang sia-sia.Setelah tsunami melanda Jepun ditambah pula dengan nuclear plant dyeorang explode.Mesti ada hikmah atau ada benda yang Allah hendak tunjuk. Tetapi manusia asyik fikir benda itu bencana alam semata-mata.Anyway,aku harap kawan-kawan aku kat sana(Jepun) selamat...Sama-sama kita doa ye.. Apabila Tuhanmu berkata kepada para malaikat,&q

Ukhuwah fillah...

Image
Malam tadi aku baru balik dari kongres mahasiswa di KUIS(Kolej Universiti Islam Selangor).Cantik rupenyer KUIS ini.Mesti student2 kat sini kurang tahap keSTRESSan kan disebabkan environment mereka yang best.Aku,kak Ct dan Napsiah sampai di kolej  kediaman aku tepat pukul 12 malam.Nasib baik pintu pagar kolej tidak tutup lagi.Kami dinner kol 12.15 malam kot kat rumah aku.Agenda yang dibualkan time dinner adalah sahabat2 tersayang(generasi 3) kat matrik aku dulu.Rindu pulak kat dyeorg semua.Teringat pulak semua kenangan pahit manis mase kat matrik dulu.Seorang demi seorang nama sahabat2 menjadi bualan kami.Sayu pulak dengar.Nak tergelak pun ada.Kalau hendak cerita ikutkan sampai seminggu pun tidak habis.Cerita dari A sampai Z.Gelagat dyeorg,masalah dyeorg,keadaan dyeorg sekarang n macam2 lagi.Kalau masa boleh diundur balik mesti aku lebih prefer life di matrik.Rindu sangat2 kat dyeorg. Ya Allah,Engkau mengetahui hati2 ini telah berkumpul kerana men

Part 1 : Aku sayang dia......

Aku tidak ingat tarikh spesifik aku jumpa dia.Tetapi apa yang aku ingat bulan 3 la,bulan ini.Genap setahun aku kenal dia.Aku jumpa dia di taman permainan taman perumahan tempat aku tinggal sekarang ini.Masa itu aku tengah berjogging dengan mak aku.So,mak aku memang kenal dia serentak macam mana aku kenal dia.Mak aku OK je tetapi ayah aku tidak suka dia.Aku pun tidak tahu sebabnya.Tetapi itu cerita dahulu.Aku tengok ayah aku sekarang pun dah OK dah dengan dia ini,siap boleh gurau-gurau lagi.Padahal dia ini yang selalu menyakat ayah aku.Bila aku masuk U,rindu pulak kat dia.Bila mak aku telefon aku pun mak aku asyik cerita pasal dia sahaja. Bersambung......

semuanya salah aku...aku minta maaf

Sebenarnya korang tidak bersalah...... Semuanya salah aku...... Cik mata... Aku minta maaf Aku menggunakan kau untuk melihat benda yang bukan-bukan Aku tidak menundukkan pandanganku pada manusia yang berlawanan jantina denganku Kepada cik mulut..... Aku harap kau maafkan aku Aku menggunakan kau untuk bercakap benda yang sia-sia Aku asyik bergelak ketawa dan mengata Buat cik telinga..... Selama ini mesti kau rasa lemas kan sebab aku asyik sumbat kau dengan earphone  Aku tahu kau sudah penat dengar lagu-lagu yang melalaikan Mendengar suara-suara yang berbunyi negatif Maafkan aku ye....  Cik hati yang tersayang.... Aku tahu kau lah yang paling banyak memendam rasa Mesti kau sedih kan dapat tuan macam aku ini Sepatutnya aku sentiasa servis kau Tetapi aku semakin mengotorkan kau Semakin menambahkan titik hitam pada kau Aku minta maaf sangat-sangat.... Aku dapat korang semua secara free da