Cara Tutup Akaun SSPN
Assalamualaikum and hai! Basically, ayah aku ada buka akaun SSPN untuk aku semasa aku tingkatan 4. So, ayah aku adalah pendeposit dan aku adalah penerima manfaat. Pendeposit sahaja yang boleh keluarkan duit SSPN atau tutup akaun. Before this aku memang tidak pernah keluarkan duit SSPN ini. Selalu topup duit masuk je. Berzaman dah. Since aku pun dah habis belajar, aku pun decide untuk tutup akaun SSPN. Penyata terakhir. Tinggal kenangan. Awal Oktober 2017, aku ada pergi pejabat PTPTN Muar (dekat dengan bulatan). Mudah dan cepat. Beberapa minit siap. Haha. Cakap je dekat staff PTPTN nak tutup akaun SSPN. Ada isi borang sikit, pendeposit kena tandatangan dekat borang itu. Bagi salinan IC dan salinan penyata bank pendeposit (as long as ada nombor akaun bank, nak print online pun boleh). Before this, ayah aku pernah datang dan bagi salinan depan buku BSN, tetapi staff PTPTN sini cakap duit tidak boleh ditransfer ke BSN. ASB dan Tabung Haji pun tidak boleh. So, kali ini g...