Saturday, 27 February 2016

PAC PTD M41 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tengok tajuk sahaja sudah boleh faham topik yang bakal diceritakan. So, straight to the point sahajalah. Alhamdulillah aku lulus exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan peringkat seterusnya ialah Program Assessment Centre (PAC). Luckily, aku dapat PAC di INTAN Wilayah (kampus tengah) berhampiran dengan pintu belakang UM. By the way, selepas pendaftaran ada saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Kalau stage yang ini calon berjaya, maka calon akan stay di INTAN dan meneruskan PAC sehingga hari berikutnya. Bagi calon yang tidak berjaya, maka berhenti setakat itu sahaja dan boleh pulang ke tempat masing-masing.

Hari Pertama:
  • Bermula dengan pendaftaran (jangan lupa bawa emel panggilan PAC yang sudah di print dan borang profil SPA, pakai baju sukan lengkap) dan taklimat ringkas. Calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan (berdasarkan kepada angka giliran). 
  • Seterusnya, ada saringan kesihatan yang dilakukan oleh kakitangan klinik kesihatan. Untuk saringan kesihatan, tekanan darah dengan denyutan nadi sahaja yang diukur. Selain itu, ada satu set borang mengenai medical history yang perlu diisi oleh setiap calon.
  • Bagi slot UKJK, Ketinggian tubuh dan berat badan akan diukur untuk mendapatkan Body Mass Index (BMI). Syarat lulus BMI adalah 19-29 (BMI aku time tu 19.2, hahaha). Seterusnya, ujian bangkit tubi selama 1 minit (separa bangkit), ujian genggaman tangan (guna handgrip dynamometer) dan ujian duduk dan jangkau. Setiap calon akan dipantau oleh seorang ahli daripada fitness for life. Maksudnya UKJK ini di jalankan oleh mereka yang profesional dari Kementerian Belia dan Sukan. Jangan risau, mereka akan tunjukkan demo pada calon terlebih dahulu sebelum calon memulakan ujian. Bagi ujian genggaman tangan dan duduk jangkau, calon akan diberi peluang sebanyak dua kali. Bacaan paling tinggi akan diambil dan direkodkan dalam borang UKJK.
  • Akhir sekali, ujian larian ulang alik 20 meter. Untuk larian ini ada beberapa level dan shuttle.Setiap level ada 8 shuttle kalau tidak silap. Maksudnya setiap level perlu lari ulang alik sebanyak 8 kali. Semakin tinggi level, kelajuan berlari semakin meningkat. Akan ada muzik untuk setiap shuttle, calon perlu sampai ke garisan penamat sebelum muzik habis dimainkan. Jangan lupa sarapan pagi, otherwise memang tiada tenaga nak berlari. Perkara yang perlu diberi perhatian lebih dalam UKJK adalah BMI dan larian.
  • Selepas zuhur, keputusan UKJK akan dikeluarkan. Bawa semula emel panggilan PAC yang telah diprint ke kaunter, kalau urusetia lekatkan sticker dan cop  pada emel panggilan bermakna calon berjaya ke PAC dan boleh terus ke dewan untuk ujian esei BM dan BI. Kalau tiada sticker yang dilekatkan, calon boleh pulang. Mungkin rezeki ada di tempat lain. 
  • Ujian esei dimulakan dengan esei BM selama satu jam dan diikuti dengan esei BI selama satu jam. Untuk ujian esei tidak terlalu berat, soalan ala-ala SPM. Boleh difikirkan secara logik. Masa pun InsyaAllah cukup sebab tiada patah perkataan yang ditetapkan. Pakaian nak tukar pada pakaian formal boleh, nak retain je baju sukan masa UKJK pun tiada masalah.Oh ya, jangan lupa bawa kad pengenalan original masa menjawab esei ini.
  • Selepas habis ujian esei, pendaftaran penginapan di kaunter. Penginapan memang memuaskan. Macam mana korang pernah check in hotel, macam itu lah rupa penginapan dekat INTAN tu. Satu bilik 2 atau 3 orang, ada TV, Wifi, selipar toilet, baldi dan gayung, peti sejuk, almari dan hanger baju, meja study, iron dan bilik air. Tetapi bilik air tu dekat luar hujung sekali. Part ni rasa macam zaman duduk asrama. Hahaha. Chill bebeh, this is the time to mingle, sambil tunggu turn depan pintu bilik air tu bolehlah bertaaruf dengan calon-calon lain dekat luar tu.
  • Aktiviti malam ialah LDK (Latihan dalam kumpulan). Formal attire  head to toe. Bawa baju formal lebih sikit. Ada ice-breaking dan calon akan dibahagikan kepada beberapa group dan satu situasi akan diberikan. Situasi yang aku dapat ialah satu kapal akan karam dalam tempoh sejam, ada beberapa watak. Satu watak perlu dipertahankan dan satu watak perlu dibuang dari kapal. Group aku dapat watak kapten, perlu pertahankan watak tu kenapa perlu kekal dalam kapal dan pilih watak lain yang perlu dibuang. At the end, kene present depan group yang lain. LDK ini bertujuan untuk melihat bagaimana kita membuat keputusan. So, silalah bertindak defensive dan tonjolkan diri anda. Hahaha. Tetapi janganlah terlalu dominan dan passive sangat. Sebelum balik ke bilik, ada cabutan tajuk untuk pengucapan awam dan public speaking untuk slot hari berikutnya. Dah dapat tajuk awal, bolehlah google dan prepare apa yang patut tengah malam tu. Memang tidak boleh tidur lena malam tu. Termimpi-mimpi nak cakap apa.
Dapat sticker!=)


Hari Kedua. 
  • Sarapan pagi dekat dewan makan, dengan berpakaian formal terus pergi ke bilik yang ditetapkan. Satu bilik cuma ada groupmate kita sahaja dalam 7 ke 8 orang dan seorang panel SPA. Bermula dengan pengucapan awam Bahasa Melayu, setiap calon diberi masa 5 minit. Selepas 4 minit, loceng akan dibunyikan sekali, selepas 5 minit, loceng akan dibunyikan 2 kali. Kalau loceng tak bunyi lagi, tetapi korang dah habis cakap itu maksudnya korang cakap tidak sampai 4 minit mahupun 5 minit. Cara yang terbaik adalah hafal. Tak hafal semua pun takpe, hafal main point sahaja pun memadai.Then, pandai-pandailah elaborate spontaneously. Same goes to public speaking English. Bilik untuk setiap sesi berlainan, habis pengucapan awam, pergi bilik lain untuk public speaking. Selesai public speaking, pergi bilik lain untuk perbincangan dalam kumpulan Bahasa Inggeris.
  • Perbincangan dalam kumpulan Bahasa Inggeris dalam masa satu jam. Satu topik akan diberikan, berbincanglah dengan ahli kumpulan dalam Bahasa Inggeris. Pandai-pandailah deal dengan group member. Silalah buat-buat tanya pada member yang tidak banyak cakap. Facilitate orang lain untuk bercakap. Tolong-menolong amalan mulia. Hahaha.
Lastly, beranikan diri untuk mencuba. Tidak rugi pun. Aku mula-mula pun rasa akan failed UKJK especially part bangkit tubi tu sebab aku bukanlah seorang pembangkit tubi tegar. Tetapi OK je. Cubalah. Rasa macam lebih bermaruah kalau tidak dapat sesuatu itu tetapi mencuba berbanding memang confirm tidak dapat sesuatu itu disebabkan tidak mencuba. Cuba sahaja, dapat tidak dapat belakang cerita. All the best!!!


15 comments:

  1. Terima kasih sgt for sharing. Challenging 🤔

    ReplyDelete
  2. Boleh tahu tak contoh soalan esei bahasa melayu dan inggeris?Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM: Ada beberapa soalan (tak ingat berapoa soalan), tapi jawab 1 soalan je. Soalan yang sy pilih tu mengenai kesan negatif media sosial (lebih kurang macam ni la tajuk dia)

      BI: Sama jugak, ada beberapa soalan. Tajuk yg sy pilih tu mengenai media sosial jugak. Maaf, tak ingat apa.


      Tapi okaylah, soalan dia logical thinking.

      Delete
  3. Thanks for sharing..boleh tahu tajuk pengucapan awam dan public speaking awak..kalau x keberatan tlg email ke velvet_fizza1201@hotmail.com ..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, utk pengucapan awam: Pengaruh media sosial dalam kalangan remaja. Public speaking: Poverty in Malaysia.

      Delete
  4. Assalam, awk buat dekat INTENGAH kan, UKJK buat dalam dewan ke? sbb dgr cerita INTENGAH takde dewan besar

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Bangkit tubi tu ada org pegang kaki kita ke x?

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing. Sekarang ni saya yang gementar menunggu masa untuk PAC ni.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing, great info for our preparation...

    ReplyDelete
  8. thank info...ada siapa2 yg ambil PAC dekat wilayah UTARA tahun ini (18 & 19 Jan 2017)?..klau ada boleh email sy...thanks..boleh kenal2 dulu..
    email saya : syazwansch@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Memang lepas ujian fizikal tu..mmg ade yang kene balik jugak la ye? mmg tak bagi can lansung eh?

    ReplyDelete
  10. Gementar plak... bi dah la ke laut.. ada apa2 nasihat x

    ReplyDelete