Ganti Bearing Alternator Kereta
Salam Aidiladha guys. Okay, hari itu aku ada pergi satu bengkel kereta depan taman perumahan aku sebab nak tukar ATF (Automatic Transmission Fluid). Lepas tu, orang bengkel tu cakap bunyi enjin kereta aku tu macam kasar and suruh aku datang lagi esoknya. Aku tak dengar pun kasar tu, rasa macam biasa je, Haha. Aku ni totally naive and noob bab kereta ni, aku cuma tahu isi minyak, pam tayar, tukar minyak hitam dengan ATF je. Tayar pun aku tak reti tengok, ada bunga ke takde bunga. Pathetic gila kan? Sebab tu aku macam jarang share story pasal kereta.
Esoknya aku datang lagi bengkel yang sama, dia check depan kereta. Dia dah buka depan tu then dia terus masuk and ambil alternator dengan fan belt. Dia nak tukar alternator tapi tak inform aku pun, aku pun dengan sepantas kilat tanya masalah apa dan harga berapa. Harga tukar alternator dengan fan belt dalam Rm 280. Aku call abang aku and you know what abang aku cakap jangan tukar dekat bengkel tu, pergi bengkel lain. So, aku pun cakap la dengan orang bengkel tu abang aku nak tengok dulu, jangan tukar dulu (padahal abang aku tak tengok pun, haha). Abang aku tak percaya sangat dengan bengkel pertama tu.
Disebabkan aku busy collect data, aku hantar betulkan kereta aku tu beberapa minggu selepas insiden tu. Aku pergi bengkel lain, nak tengok second opinion macam mana. Surprisingly, second bengkel ni detect bearing alternator problem, bukan alternator. Kalau alternator, akan ada lampu menyala dekat meter aku. So, tak perlu tukar alternator. Rasa macam selamat sikit, haha. Bearing dengan alternator mahal lagi alternator weh. Alternator dekat sini ialah alternator enjin bukan alternator air-cond, air-cond aku sejuk lagi, so no problem. Nasib baik aku tak tukar alternator dekat first bengkel tu. Fan belt tu memang kena tukar la. So, total cost kena bayar adalah Rm250. Fan belt tu harga Rm58, dua bearing tu harga Rm80 (Rm45 + Rm35), upah Rm80 dan aku ada pasang beberapa clip dekat bumper depan tu. Aku pasang clip 7 biji, original clip harga Rm34. Kalau takde clip tu boleh dapat lagi murah la. Cuma, aku rasa bumper kereta tu dah menggelebeh, so aku memang minta dia pasang clip. Itu je la.
Yang ni masa dekat second bengkel (bengkel Yin Huat, Sungai Mati) |
Bearing alternator, dua-dua kena tukar. Myvi ada 2 bearing alternator. |
Fan belt ni dah pecah-pecah. Tukar juga. |
Aku tak berapa pakar sangat bab kereta ni, tapi ini la yang terjadi dekat kereta aku. Jadi, kalau aku tersalah guna term or terputar belit fakta tu minta maaf la ya. Mana tahu kan tetiba ada formen kereta yang baca blog. Haha.
Comments
Post a Comment