Awak....
Untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu, Nah!ambil semula hati awak. pegang erat, jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi, sebelum tiba waktunya. Tidak, saya bukan bermaksud menyuruh awak menunggu saya. bukan... bukan... Saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati kepada Dia Sang Pemilik Segala. langit bulan bintang juga adalah milikNya, apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita? Ketahuilah awak, cinta remaja kini indahnya fana semata-mata. cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat. cinta ini kilang melambungkan dosa. cinta ini yang mengotorkan jiwa. cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia. "...dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan." (Al-MAidah:43) Apa masih mahu bercinta? Ketahuilah awak, sendiri tidak bermakna sepi. dengan Dia di sisi, diri tak akan pernah rasa sunyi. kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati, nama Rabiatul Adawiyah takk...