Umrah Musim Sejuk

Assalamualaikum and Salam Jumaat,


Alhamdulillah, aku dah submit thesis semalam. So, bolehlah tarik nafas sekejap. Hehe. Well, since this is still January month of 2018, so welcome to 2018. Bom Bom Bom Kebabom (Bunyi bunga api). Oh ya last month, around 12 Dec to 23 Dec 2017, I managed to perform umrah with my parents. Tak boleh moved on lagi ni. Aku nak share sedikit berkenaan dengan preparation and tips untuk perform umrah. My first experience. Sebelum ni tak pernah sampai Mekah and Madinah lagi.


1. Agensi travel:

  • My parents sangat fussy bab travel agency ni, aku noticed dekat Muar ni ada Tabung Haji Travel  (TH travel) and it was reliable. So, bila aku cakap kita pergi dengan TH travel, parents aku senyum sampai ke telinga sebab mereka tahu mereka tidak akan ditipu. Lol. Lagipun, senang access, payment semua tolak dari akaun Tabung Haji je. Tak payah nak bawa duit berkepuk2 bayar dekat kaunter. Bagi buku akaun je. 
  • Pakej paling murah aku pilih namely Pakej Fairuz. Harga depend pada berapa orang satu bilik and pada musim (contoh: cuti sekolah & bulan Ramadhan mahal sikit la). TH travel bagi 3 beg (bagasi, beg sandang, sling beg), telekung dan kain ihram. 
  • Transport dari Muar ke KLIA tu pun TH Travel sediakan. Sama juga balik umrah dari KLIA ke Muar nanti pun naik bas yang disediakan juga. So, waris tak perlu hantar ke KLIA. Hantar and pick up dekat Muar je. Jimat minyak and tol. Hehe. Time ni ada dalam 5 bas. Travel agency lain ada yang okay je sebenarnya, cuma tak banyak dekat Muar ni. Andalusia Travel takde dekat Muar ni. 

Aku selalu usha TH travel dekat instagram. Kalau DM pun, dia cepat reply


2. Kursus umrah and other knowledge:

  • TH Travel ni memang ada buat kursus umrah a few weeks before berangkat. Kami juga ada praktikal tawaf and sa'i. Jadinya, aku dah bertawaf dan bersa'i dulu sebelum pergi tapi olok2 la bukan niat ihram pun time ni. At least, aku dapat la sedikit overview la. Kalau tak terpinga-pinga i nanti tau. Actually, parents aku pernah perform haji last 12 years ago. Surely, mereka pun kena polish semula knowledge and skill tu. Ayah aku nak pakai kain ihram pun dah lupa macam mana. Aku pun buka la you tube tengokkan untuk dia. Hehe.
  • One more thing, dekat Mekah and Madinah, selepas setiap solat fardhu tu memang akan ada solat jenazah. Jadi, silalah review2 macam mana nak perform solat jenazah tu.
  • Buka you tube and taip Makkah Live. Memang keadaan semasa dekat Mekah. Live.So, boleh dapat overview suasana dekat sana. 
  • Sentiasalah bercakap perkara yang positif dan baik. Tanah haram Mekah dan Madinah adalah tempat yang memang termakbul doa. Banyakkan berzikir dan berselawat. Jangan cakap2 kosong or tegur benda2 yang pelik. Hehe.
  • Lazimkan solat tahajud and solat di awal waktu dekat Malaysia ni. Senang nak bangun awal dekat sana nanti. Dekat Mekah, pergi Masjidil Haram tu awal sikit. Bukan sikit banyak la senang. Kalau subuh masuk pkul 5.30, aku gerak pergi Masjidil Haram pukul 4 pagi. Waktu asar, maghrib dan isyak aku memang tak balik hotel. Duduk sana terus. Bawa ma'athurat, tasbih, sangat berguna dekat sana. Kalau awal dapat solat dekat dalam, takde lah solat dekat luar tu. Dekat dalam boleh nampak kaabah. Pandang kaabah dapat 20 rahmat, silalah tengok selalu kalau dekat sana. Solat lah dekat dalam, datang awal ke masjid.


3. Pakaian: Aku bawa pakaian tak banyak. Seriously, ramping je luggage aku tu.

  • Aku bawa telekung 3 helai (telekung sahaja, kain telekung tak bawa). Aku rasa pakai telekung lebih terselamat wudhuk berbanding pakai tudung biasa. Sebab jari kita ni terhindar daripada tersentuh kulit lelaki lain yang bukan muhrim. Sometimes, on the way nak pergi masjid tu pun bergasak dengan ramai orang, so nyorokkan tangan dalam telekung. Orang negara lain jalan laju2, bila jalan laju tangan juga terhayun dengan laju takut pulak terkena kita yang jalan dengan sopan santun ni. Hehe.
  • Aku bukanlah pemakai jubah yang setia, so aku bawa jubah 2 helai je (1 hitam 1 putih). Lagipun, nanti dekat Madinah banyak jubah, nanti beli jubah lagi, so tak payah la bawa jubah banyak2. 
  • Baju kurung tu bawa dalam 3 helai (baju sahaja, kain tak bawa sebab pakai dengan seluar). Seluar panjang macam seluar slack tu bawa dalam 4 helai (pairkan dengan baju kurung and jubah). Kain aku tak bawa sebab susah nak langkah besar2, hehe. Basically, orang nampak kita ni bertelekung and berseluar je. Baju apa kita pakai tak nampak sangat. Kalau nak pakai baju tshirt labuh dekat dalam telekung pun takpe. Telekung tu dah melayut ke bawah sampai paras lutut. Don't worry la ya.
  • Stokin tebal bawa banyak weh, dalam 10 pasang ada kot. Stokin bukan setakat pakai time solat je, time tidur pun pakai. 
  • Baju basahan untuk pakai dalam hotel tu dalam 2 helai cukup dah. Basuh baju hari2 nescaya cukuplah baju anda. Lagipun masa kita banyak dihabiskan di luar hotel berbanding di dalam hotel. Ada hair dryer dekat hotel, aku keringkan baju guna hair dryer. Hehe. 
  • Oh ya tudung, aku bawa dalam 2 helai je, semua jenis instant and tudung sarung tutup dagu tu. Takde masa nak berpin pin bagai. Semua sarung je. Lagipun, memang pakai telekung je selalunya, pakai tudung time ziarah je. 
  • Bawa 1 baju sejuk (sweater or kot labuh) kalau musim tu musim sejuk. Kalau hujung tahun, Madinah memang sejuk. Terketar2 solat subuh dekat Madinah. Dekat Mekah tak sejuk sangat.
  • Kasut aku bawa spare sepasang. Dekat Mekah kasut aku tak hilang, sebab simpan dalam plastik and dibawa ke hulur hilir. Dekat Madinah, kasut aku hilang sekali, sebab aku letak dekat rak kasut and tak berbungkus dengan plastik. Letak bulat2 je gitu. Nasib baik  hotel dekat Madinah tu dekat je dengan Masjid Nabawi. So, balik hotel, ambil and pakai kasut spare tu la.

4. Tentatif: Semua itenary, transport, jadual waktu solat diedarkan kepada kami para jemaah. Jadi, senang, apa2 hal boleh refer. Yang ini, ikut jela jadual tu and arahan mutawwif. Memang akan ada taklimat atau perjumpaan dengan ustaz pengiring dekat surau atau dewan makan hotel tu untuk update apa2 pasal perjalanan, ibadah or apa2 jelah. Nametag or lanyard tu aku memang pakai selalu, takut apa2 jadi senang orang nak tolong kita. Ada maklumat agensi travel dekat lanyard tu.

5. Wifi: Dekat Mekah rasa macam sibuk and penat sangat, tak sempat nak online whatsapp pun apatah lagi berinstagram. Dekat Mekah aku selalu online dekat lobby je, dekat bilik aku tak dapat access wifi internet. Tapi serious, dekat Mekah jarang tengok lama laman sosial. Tengok handphone setakat snap picture je ada la. Hehe, Dekat Madinah rileks sikit, sebab ziarah and pergi masjid sahaja. Hotel pun 5 star, so boleh access wifi internet dekat lobby and bilik. Aku tak beli sim kad saudi pun, sebab line maxis ada je dekat sana (aku dengan mak aku maxis line user). So, boleh mesej macam biasa dan boleh beli pass internet dari maxis tu (tapi mahal weh sehari rm10 paling murah). Sobs sobs sobs.


Ziarah wada', beberapa jam sebelum balik Malaysia


Hmmm, itu jelah yang mampu diberikan. Kita sampai sana bukan sebab banyak duit, bukan sebab tubuh badan sihat atau hidup terlalu lapang takde kerja nak buat. Semua tu bukan, bukan dan bukan. Kita pergi sana sebab Tuhan jemput. Tuhan jemput. Tak kisah la kaya ke sakit berkerusi roda ke, hidup terlalu busy berserabut ke kalau Tuhan nak jemput memang Dia akan jemput kau. Jadi, berdoalah banyak2, in sha Allah jalan tu mudah. Rezeki tu murah, masa tu akan lapang. Aku minta tak sampai 6 bulan (aku doa sungguh2 time bulan Ramadhan), Tuhan makbulkan, Tuhan jemput aku ke sana dan kebetulan aku dapat sambut birthday dekat sana. Alhamdulillah.

Try la pergi sekali, balik Malaysia baru seminggu dah sibuk nak pergi lagi, hari2 tengok you tube Makkah Live tu. Kalau pergi 10 kali pun kau tetap akan rindu. Rindu weh, aku teringat moment pertama dan terakhir aku mengadap kaabah. Sayu giler rasa dekat lubuk hati. Masa first time masuk mataf tu, nampak kaabah tu rasa macam impress giler, terpegun and rasa macam wow wow wow Subhanallah (sampai macam tu sekali, hehe). Masa tawaf wada' tu aku sayu giler bila tengok kaabah makin jauh, makin jauh, makin jauh and makin kecil. Sobs sobs sobs. Rajin-rajinlah record view time dalam bas time ziarah, nanti balik Malaysia rindu2 bolehlah tengok video yang kita record tu. Islam itu bersatu di atas landasan ibadat bukannya landasan duniawi dan berfoya2. Memang kau akan kenal banyak orang dari luar negara yang baik-baik dan berjumpa dalam keadan baik (sedang beribadat). Sekian wassalam. Semoga bermanfaat.




Comments

  1. Alhamdulillah.. Syukran perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Syukran... perkongsian yang amat bermakna

    ReplyDelete
  3. Terima kasih beri info yang berguna ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Selamat menunaikan umrah dan semoga memperoleh umrah yang mabrur dan maqbul. Doakan saya dapat jejak ke sana lagi.Rindu.

      Delete
  4. Terima kasih...sayu, terharu baca

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta