Posts

Showing posts from September, 2021

Raya Haji Covid

Image
 Assalamualaikum, Hai everyone! Eceh macam la ramai yang baca post aku ni. Okay, aku nak share sedikit pengalaman aku positif Covid-19 bulan Julai lepas. Sebelum ini, post aku pasal parents aku yang positif Covid-19 kan? lepas tu eh tetiba aku pun ikut positif sekali.  Untuk makluman, aku dah complete 2 dos vaksin CoronaVac (Sinovac) pada 9 Jun 2021. Then, aku positif pulak selepas hampir sebulan fully vaccinated. Masa dekat bilik pemerhatian lepas kena cucuk 2nd dose. 3 Julai 2021 : start sakit tekak, tapi sekejap je tau. Sakit tekak pagi, petang tu dah tak sakit tekak dah. Aku buat air limau masa sakit tekak ni. 4 Julai 2021 : suhu badan start naik. Demam kura-kura, on off. Aku tak fikir apa-apa sebab setahu aku, aku tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kes positif dan aku bukan demam bed-ridden. Masa demam tu aku masih lagi memasak,  boleh lagi naik tangga turun tangga. 5 Julai 2021 : pergi klinik kesihatan, masa ni mata kanan start merah. Tapi tak gatal atau ...