Raya Haji Covid
Assalamualaikum,
Hai everyone! Eceh macam la ramai yang baca post aku ni. Okay, aku nak share sedikit pengalaman aku positif Covid-19 bulan Julai lepas. Sebelum ini, post aku pasal parents aku yang positif Covid-19 kan? lepas tu eh tetiba aku pun ikut positif sekali.
Untuk makluman, aku dah complete 2 dos vaksin CoronaVac (Sinovac) pada 9 Jun 2021. Then, aku positif pulak selepas hampir sebulan fully vaccinated.
Masa dekat bilik pemerhatian lepas kena cucuk 2nd dose. |
3 Julai 2021 : start sakit tekak, tapi sekejap je tau. Sakit tekak pagi, petang tu dah tak sakit tekak dah.
Aku buat air limau masa sakit tekak ni. |
4 Julai 2021 : suhu badan start naik. Demam kura-kura, on off. Aku tak fikir apa-apa sebab setahu aku, aku tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kes positif dan aku bukan demam bed-ridden. Masa demam tu aku masih lagi memasak, boleh lagi naik tangga turun tangga.
5 Julai 2021 : pergi klinik kesihatan, masa ni mata kanan start merah. Tapi tak gatal atau berair pun. Aku tak pasti kenapa merah. Dr remarked aku as conjuctivitis dan URTI. Dapat MC 3 hari, yeay. Tapi Dr tak suruh aku datang swab, so aku pun tak fikir apa-apa.
6 Julai 2021 : dah tak demam, tapi selsema pulak.
7 Julai 2021 : mata kanan aku dah baik, dah jadi putih balik. Tapi mata kiri pulak start merah. Anak buah aku 2 orang start demam.
8 Julai 2021 : Anak buah aku 2 orang dengan abang ipar pergi klinik kesihatan. Dr suruh datang semula esok hari untuk swab.
9 Julai 2021 : Mata kiri aku dah baik, kedua - dua mata aku dah jadi putih balik. Aku dah stop selsema. Anak buah dan abang ipar pergi swab guna rapid test kit (rtk) di klinik kesihatan. Petang result dia orang semua positif.
10 Julai 2021 : Aku start batuk. Aku pergi swab dengan 2 anak buah yang lain, kakak dan bibik kakak aku. Swab dekat private lab masa ni sebab klinik kesihatan tutup hari Sabtu. Anak buah aku negatif sorang, sorang lagi positif, bibik negatif. Aku dengan kakak aku buat PCR, anak buah aku dengan bibik buat RTK.
11 Julai 2021 : Aku positif, kakak aku negatif. CT value aku 25 kau. Maksudnya, aku orang pertama kena dalam rumah tu sebab anak buah aku dengan abang ipar aku bila repeat PCR CT value dia orang 12 je and aku sebarkan pada dia orang. So, aku la penyumbang 7 ribu kes sehari dekat Selangor tu.
Lepas dah keluar result tu, aku install app selangkah. Then daftar CAC dekat situ. Aku ni kategori 2, kurantin dirumah tetapi kena pergi CAC di klinik berdekatan untuk pemeriksaan.
CAC ni ramai, rasa macam main dam ular je. Tapi ada orang cakap sini CAC paling tak sesak. |
Pantau SPO2 sendiri dekat rumah. Hari-hari buat ni, lepas tu catat. |
************************
But, kakak aku, anak buah aku sorang dan bibik positif untuk swab kedua, beberapa hari sebelum raya haji. Bersyukur ya masih hidup, pagi raya makan ketupat tanpa perasaan sebab masing-masing tiada deria rasa dan bau. Yang ada hanyalah perasaan lapar. Haha. Tak sangka kena covid, tak terfikir langsung. Bila kakak aku, anak buah aku dengan bibik positif swab kedua, kita orang semua keluar bilik. Masak, tengok tv, main kucing. Hahah sebab semua positif. Cuma nak cakap, aku punya simptom banyak tapi datang bergilir-gilir dan sekejap je. Around 2-3 hari resolved. So, go and get your vaccine.
Okay, ni one of the breakfast untuk aku dan anak buah aku. Aku dengan anak buah aku duduk satu aras. Ni bibik hantarkan sebab masa ni bibik negatif. |
Siap order tealive lagi. Suruh rider tu letak je atas bumbung kereta. |
Bibik letak depan pintu je, bilik aku bertentang dengan bilik anak buah aku. |
Thank you to all frontliners. Aku discharge CAC after 10 days symptoms developed. So, 14 Julai dah boleh keluar rumah. |
Pagi raya masak lodeh, lauk-lauk lain kita orang order je. |
Covid-19 tak spread pada kucing ya. Dah tanya Dr vet. So, okay je. |
Comments
Post a Comment