Dalam kenangan...Al-Fatihah

Ya Allah...Aku tak tahu apa yang aku rasa. Sayu,hiba dan Sedih.Satu persatu perkara pahit mengisi ruang hidup aku.Kelmarin kawan sekelas aku diserang oleh perusuh,siap kene rompak lagi.Semalam, Alhamdulillah selepas menjalani pembedahan keadaannya kembali stabil. Doakan dia cepat sembuh ya. Pagi tadi pula, sahabat seperjuangan aku,Mohamad Afez kembali menghadap Penciptanya buat selamanya.Terkejut aku.Dia kemalangan semasa ingin pergi menunaikan solat subuh.





Aku rasa aku jumpa dia kali terakhir masa tamrin Ledang. Itupun aku siap denda dia sebab dia tak dapat jawab soalan aku.Sobs3x...aku agak kurang mengenalinya namun dia pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap. Aku terasa kot pemergian dia.Ummi pun dah tahu pasal hal ni.Masing-masing terkejut sebab dia pergi mengejut.Ajal dan maut di tangan Tuhan.Tiada seorang pun tahu bila dan dimana diri masing-masing akan meninggal.




Sedekahkan Al-Fatihah untuk dia ya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh.Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku,maafkan aku dan rahmatilah aku.Jadikanlah aku seorang mukmin yang sejati sebelum Munkar dan Nakir menyoalku.




Doa ketika patah hati/sedih:
"Ya Tuhanku,janganlah kau biarkan kami hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris yang
paling baik"

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta