Senaskhah Al-Quran & Sebuah Kereta Sport
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak betambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Suatu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima...sungguh...bukan itu yang kuhajatkan. Dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan, seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil, comel dengan cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak…….Ayah sengaja mempermainkan saya!...Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta itu!...Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya!...Sudah ayah!...Bukan Al-Quran ini yang saya mahu!...Katanya keras. Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat pun untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya….
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta. Punyai syarikat sendiri, dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat, cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh…
Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya bordering, dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan pewarisan harta…
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak, bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaan ayahnya Al-Quran yang dihempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ. Mengambil Al-Quran itu, membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-Quran itu…segugus kunci...di muka belakang Al-Quran itu, sebuah sampul surat dilekatkan di situ….
Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali. Di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya, dibeli pada hari konvokesyennya.
Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah, sepucuk warkah, tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. “Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku”. Air mata si anak menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat…tamat...
Sekadar renungan bersama :-
Berapa banyakkah kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus, didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati??
huu..sedeyh..T_T
ReplyDeletecik mimie,sedey jugak...=(
Delete