2nd last week training

Assalamualaikum wbt...Salam Aidilfitri

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 8 internship. Wah! rasa bersyukur and seronok sangat sebab tinggal lagi genap seminggu internship di PKDJ. Masa first two week dulu, otak ni asyik fikir je bila lah nak habis internship, sekarang ini rasa macam cepatnya masa berlalu. Aku tak fikir lagi hadiah apa nak bagi pada supervisor aku akhir inernship nanti. Currently, my respondents baru 7 orang. Next week dah kene present mini research project. Tadi, coursemate aku dari PKD lain datang 'menjenguk' aku yang terkontang kanting buat profile KK ni. Bersyukur lagi, coursemate aku cakap dia memang tak banyak sangat exposure sebab supervisor dia terlalu busy. Dia expect aku dapat gained banyak knowledge berbanding dia. Before this, aku terlalu busy, banyak sangat kerja aku dapat sebab aku ada 2 supervisors(cik Dayah n Pn A) dan masing-masing bagi task yang berbeza, hujung minggu aku dihabiskan dengan menghadap latop. Sometimes aku merungut la juga, bukan sometimes tetapi selalu sampai tahap meleleh air mata, batuk, selsema. 

Sepanjang bulan Ramadhan, dalam setiap sujud aku mohon "ya Allah, kuatkanlah tembok keimanan dan kesabaran aku untuk menghadap Pn A". At last, aku dapat lesson. Aku compare apa yang aku kene buat dengan budak lain kene buat di PKD lain. Memang berbeza. Aku kene buat proposal, kene buat gimik perasmian, buat logo, food database and many more. Tiba-tiba je laptop aku ada software logo maker bagai. Haha. Diam tak diam memang banyak kita dapat cuma apa beza is kita sedar or not. Mulut ni tahu nak complain je.Hangpa tau dok, task tu semua pernah dihantar dan direject. Part ni yang aku tak tahan, reject sekali dua takpe, tapi kalau dah 3 4 kali jenuh la. Tapi setiap kali direject tu memang kita sedar salah kita. Cuma apa yang aku boleh cakap is menjadi seorang yang profesional adalah satu tuntutan. Profesional okay BUKAN perfectionist.Perfectionist?ouh menyampah dengan word tu.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta