Penat!
Assalamualaikum & hai…
Alhamdulillah, sudah hampir menamatkan minggu 14. Maka
dengan itu, berbakul-bakul kerja yang perlu di submit minggu ini sebelum
memulakan minggu ulangkaji minggu hadapan. Seperti biasa, perkara yang sering
menghantui final year student adalah FYP@final year project. Second draft perlu
dihantar untuk second reader evaluation, maka terkontang-kantinglah diri ini
menyiapkan dan mengedit apa yang perlu.
Penat! Terkadang hati dan lidah ini merungut, tetapi
seharusnya perlu dilihat kiri dan kanan. Sesungguhnya akan ada lagi insan lain
yang lebih susah dari kita. Aku termenung memegang first draft yang penuh
dengan contengan supervisorku, kawan sebelah berbunyi ‘ seronoknya dah hantar
first draft, suka tengok conteng-conteng macam ini’. Aku terkedu.
Astaghfirullah, mengarut sangat kalau aku mengeluh dan merungut bagai. At
least, dah submit first draft, dah tahu apa yang salah and apa yang perlu
diperbetul. Ada je lagi yang belum berkesempatan menyiapkan first draft. So,
hentikanlah perangai merungut dan mengeluh tu semua, lebihkan bersyukur ya cik
farhana. Dunia memang memenatkan, itu lumrah.
One more thing, akibat kerja yang berbakul-bakul sampai
terdetik nak skip usrah. Tetapi berfikirlah secara waras, apalah sangat usrah
seminggu sekali, 2 hingga 3 jam setiap sesi. Kalau dikira, hanya 1.7% masa daripada seminggu tu
diperuntukkan untuk usrah. Itupun nak berkira, kau memang tak patut, farhana.
Kakak naqibah seorang HO, lagi lah busy tetapi masih ada masa untuk anak2
usrahnya. Seriously, memang kau tak patut skip usrah.Sila berfikirlah semasak-masaknya. Aku selalu teringat ayat
dibawah ini bila mana berlaku dilemma antara dua perkara, biasanya antara
perkara dunia dan perkara akhirat.
‘Jika kamu
meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yg baik, nescaya Dia akan
melipatgandakan untukmu dan mengampunimu. Dan Allah maha mensyukuri lagi maha
penyantun’
(Surah Al-taghabun: 17)
Pinjaman yang baik? namely masa, harta, tenaga, buah fikiran dan sebagainya. Allah akan melipatgandakan untuk kita apa yang kita pinjamkan untuk agama Allah. Walhal, kalau difikirkan dengan lebih detail, tiada satu pun milik kita, semua milik Allah. Masa kita, tenaga kita, all that belongs to Allah. Kenapalah nak berkira sangat kan?Lastly, sentiasalah bersyukur dan berfikiran jauh lagi waras. Wan an & wassalam.
Comments
Post a Comment