Cara nak hubungkan urusan Tabung Haji di Bank Rakyat
Assalamualaikum,
Hmmm, actually aku tak tahu la tajuk entry ni betulkan ke tak. Baca jelah dulu post aku ni nanti baru korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya. Hehe.
Hmmm, actually aku tak tahu la tajuk entry ni betulkan ke tak. Baca jelah dulu post aku ni nanti baru korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya. Hehe.
Tiga hari lepas aku pergi Tabung Haji, ada urusan pengeluaran. Staff dekat kaunter tu tanya whether aku ada akaun Bank Rakyat atau Maybank. Aku takde akaun Maybank tetapi ada akaun Bank Rakyat. Itu pun sebab dapat kad siswa dari Bank Rakyat, baucer buku RM250 akan dikreditkan ke akaun Bank Rakyat annually. After that, staff tu cakap kalau ada senang la. Kalau ramai orang dekat Tabung Haji, guna je ATM Bank Rakyat.
Sekarang dah mudah dah senang! Tak perlu daftar link untuk connect kedua-dua bank over the counter. Sebelum ni memang perlu daftar di kaunter. Sekarang tak perlu! Just pergi dekat ATM Bank Rakyat, masukkan kad debit, dan godek2 sampai jumpa link Tabung Haji. Isi nombor akaun Tabung Haji dengan nombor siri buku. Lepas tu dah siap! Semakin ajaib hujung jari kita ni kan? semua boleh berlaku dengan jari ini. Alhamdulillah.
Kalau log in dekat irakyat, akan ada ikon Tabung Haji |
Oh ya, otak ini perlu sentiasa fokus kepada simpanan berbanding pengeluaran sebenarnya. Teknologi tu memudahkan sahaja. Pilihan di tangan kita. Kalau simpan RM20 ke RM10 pun takpe la (pesanan untuk diri sendiri sebenarnya). Asalkan simpan. Nak simpan pun mudah, kalau guna Cimbclicks tu click je dekat pay bills, ada list tabung haji dekat situ. Masukkan nombor akaun dengan nombor kad pengenalan. Siap! Kalau nak pergi dekat Bank Rakyat untuk kemas kini buku Tabung Haji pun boleh. Okay tu je lah nak share. Thank you for reading. Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment