October story!


Assalamualaikum readers,


Basically, aku plan bulan Oktober ni nak pergi travel ke Krabi, Thailand. Tapi vacation selalunya tak boleh plan awal-awal nanti tak jadi. Sekali memang betul pun. Haha. Aku dengan kawan-kawan aku memang krik-krik bulan Oktober ni. Kita orang plan lepas raya konon dah buat itenary dengan anggaran bajet. Sekali silent je sampai la end of the October. Bukan apa sebab masing-masing sibuk, dah nak hujung tahun ni banyak kerja yang perlu disiapkan. Bulan Oktober ni aku banyak mesyuarat dekat luar. Guess where? Port Dickson je. Tak boleh solat jamak qasar pun. Awal Oktober hari tu aku ada mesyuarat 3 hari 2 malam dekat Port Dickson. Lepas tu, pertengahan Oktober ada mesyuarat dekat Port Dickson lagi, 3 hari 2 malam juga. So, jadi macam on vacation la juga, bekerja sambil bercuti. Bolehlah. Kawan aku pulak pergi Sarawak ada conference. Semua orang macam busy tiba-tiba.


Petang2 kita orang main bola tampar 

Bila difikirkan balik aku pun tak pasti nak sedih ke nak gembira. Sedih sebab plan tak menjadi la kan, kalau tak boleh pergi island hopping dekat Krabi. Ceh. Tapi gembira la juga sebab macam penjimatan gila-gila dapat pergi PD dua kali sebulan. Yelah, sebab penginapan ditanggung, makan pun pihak hotel bagi 6 kali sehari sebab ambil pakej mesyuarat. Lepas tu masa mesyuarat yang pertama tu aku pergi naik kenderaan jabatan. Mesyuarat kedua ni aku drive sendiri je tapi boleh claim mileage and tol. Lepas tu sama je dapat tengok pantai, cuma takde island hopping dekat PD. Mungkin waktu travel jauh belum sampai. Tahun 2018 dengan 2019 ni aku masih belum sempat fly ke mana-mana. Tunggu 2020 je la nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta