Interview Pegawai Teknologi Makanan, C41

Hey guys,

Aku tengah pishang, yela kan kena stay at home untuk 14 hari. Hari ini baru masuk hari kedua, another 12 days to go. So, aku macam bosan buat kerja dekat rumah and baru teringat yang aku ada blog. Omaigod! I have a blog. Haha. Aku nak share sesuatu lah, awal bulan Mac lepas aku ada attend satu interview, jawatan Pegawai Teknologi Makanan (PTM) bawah kerajaan negeri Johor (SPAJ). Basically, aku ni background pemakanan kesihatan. Aku bukan background teknologi makanan. Scope aku adalah kira kalori, pinggan sihat, aku jumpa patient, jumpa komuniti, buat program kesihatan dan handle penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Tapi, aku apply je la jawatan PTM tu and SPAJ pun email aku untuk interview. Apply di web Johor career. No harm to try right? First time interview untuk job kerajaan negeri. First time juga la aku masuk Iskandar Puteri tu.

At first, aku study berkenaan dengan Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985 and anything la yang aku tengok dekat laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (fsq.moh). Nak tahu tak apa berlaku? Okay, yang ni masa aku tengah tunggu giliran interview tu, aku berborak dengan calon interview sebelah aku. Actually, jawatan PTM tu untuk hub halal JAKIM something like that, tiada kaitan pun dengan keselamatan dan kualiti makanan, Kementerian Kesihatan. Aku macam whaatttt??? I don't know anything. Haha, habis la aku, aku pasrah, redha dan berserah diri sebelum interview lagi. Serious la, aku rasa zero knowledge. Macam jawab exam, yang dibaca lain, yang ditanya lain. Bukan bodoh, cuma memang bukan bidang aku, just like don't have the right knowledge. Basically, ada 3 orang panel. Dua orang panel dari SPA Johor, seorang panel dari halal JAKIM (I'm not sure, tapi dia pakai songkok).

Soalan-soalan yang ditanya (SPA Johor panel):

1. Apa nama sultan penuh sultan Johor?
2. Johor ada berapa daerah?
3. Apa nama daerah Tangkak sebelum nama Tangkak?
4. Apa sempadan Muar dan Tangkak?
5. Gelaran daerah Muar? Bandar apa?


Image result for bandar muar
Muar Bandar Maharani Bandar Diraja

Soalan-soalan ditanya (Panel JAKIM):

1. Apa fungsi agar?
2. Apa makanan untuk mikroorganisma dalam agar tu?
3. Apa beza alkohol arak dan alkohol industri?
4. Apa beza bovine dan porcine?

Okay, aku cuba sedaya upaya aku untuk menjawab. Soalan yang berkaitan Johor tu Alhamdulillah la. Soalan yang berkaitan dengan teknologi makanan tu memang banyak sangat sangkut-sangkut dan aku jawab totally sepatah sepatah. Tiada penjelasan panjang berjela. Tiada okay. Tapi aku tak rasa ralat, and rasa macam okay je sebab memang bukan bidang aku. Haha. Aku tak berharap pun, rezeki Allah ada dimana-mana. Allah je tahu apa yang terbaik untuk kita. At least, aku boleh add experience interview kan kan kan??? Haha, cuba untuk mempositifkan diri.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta