Posts

Showing posts from May, 2020

Beraya diperantauan

Image
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidilfitri to all of you. Tahun ni memang totally different kan untuk semua orang?. Kalau dapat beraya dengan keluarga pun tetap tidak sama seperti mana kita beraya pada tahun-tahun lepas. Selalunya sebelum hari raya tolong bapak dengan mother buat ketupat daun, orang tempah ketupat daun yang dah siap masak. Kemas rumah, tukar sarung kusyen, lap tingkap, tukar alas meja. Lepas tu kalau sambut hari raya dekat Muar, memang pagi celik biji mata sampai ke malam beraya rumah saudara mara, balik je rumah, mandi, urus diri dan terus tidur. Aduh, rindu seyy. Tahun ni mother dan bapak mesti rasa awkward sebab rumah tak bersepah dengan daun ketupat, dengan beras, besen, penapis, senduk, periuk dan baldi semua. Mother dan bapak memang tolak tempahan ketupat, tiada siapa nak tolong. Semua adik-beradik aku memang tak balik raya. Raya tahun lepas dekat kampung =) Tahun ni pagi raya aku termenung dulu, buka tingkap tengok jiran-jiran masing-masing ...

Ajaibnya Sedekah

Image
Assalamualaikum, Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke fasa ketiga Ramadhan dan menghampiri Syawal. Oh ya, aku nak share satu potongan ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 274 dan aku memang suka ayat ni: " Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, maka mereka akan mendapat pahala di sisi Tuhan. Tidak ada yang mengkhuatirkan mereka dan tidak pulak mereka bersedih hati " Gambar ihsan google Hari tu gaji aku masuk hari Rabu. Next day tu hari Khamis, aku bayar sewa rumah, installment kereta dan bil semua, aku transfer duit raya siap2 untuk mother and bapak supaya dia orang boleh beli barang dapur awal. Disebabkan raya, so macam tak patut pula kan nak bagi dia orang macam biasa. Masa nak transfer tu pun aku terfikir-fikir reasonable value untuk aku transfer sebab kalau transfer banyak nanti duit aku berbaki below Rm 1k, huhu. Ada lagi 2 to 3 weeks untuk survive tunggu next gaji. Aku bagi je la lebih ...