Ajaibnya Sedekah

Assalamualaikum,


Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke fasa ketiga Ramadhan dan menghampiri Syawal. Oh ya, aku nak share satu potongan ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 274 dan aku memang suka ayat ni:

" Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, maka mereka akan mendapat pahala di sisi Tuhan. Tidak ada yang mengkhuatirkan mereka dan tidak pulak mereka bersedih hati"


Gambar ihsan google

Hari tu gaji aku masuk hari Rabu. Next day tu hari Khamis, aku bayar sewa rumah, installment kereta dan bil semua, aku transfer duit raya siap2 untuk mother and bapak supaya dia orang boleh beli barang dapur awal. Disebabkan raya, so macam tak patut pula kan nak bagi dia orang macam biasa. Masa nak transfer tu pun aku terfikir-fikir reasonable value untuk aku transfer sebab kalau transfer banyak nanti duit aku berbaki below Rm 1k, huhu. Ada lagi 2 to 3 weeks untuk survive tunggu next gaji. Aku bagi je la lebih duit belanja dan duit raya. In sha Allah, ada la rezeki lain.


And you know what? Next day, hari Jumaat tu I got many foods, haha. DJ bagi I tauhu begedil, Kak Ton bagi rojak mee, Dr Hasanah bagi aku rendang dendeng and CPRC of course memang provide food untuk berbuka dekat kita orang but kali ni special sikit, dia provide nasi minyak+kurma ayam+pajeri nanas. Heaven on earth weh, sebelum aku balik kerja aku duduk dalam kereta fikir cepat betul Tuhan balas. Semalam bagi mother and bapak duit raya hari ni got banyak rezeki. Lepas tu, pagi tadi aku place order whiskas dekat Shopee for my adik2 kaki empat dekat rumah mother, aku macam perasan eh kenapa duit macam terlebih then bila check statement oh Alhamdulillah, duit bantuan prihatin nasional tu dah masuk rupanya. Thank youuu sooo muchhh, itu yang aku teringat Surah Al- Baqarah yang aku kongsi tu. Tidak khuatir dan tidak bersedih hati bagi orang yang menafkahkan hartanya. 

Kucing ni comel =). Gambar ihsan dari google.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta