Beraya diperantauan

Assalamualaikum,


Selamat hari raya aidilfitri to all of you. Tahun ni memang totally different kan untuk semua orang?. Kalau dapat beraya dengan keluarga pun tetap tidak sama seperti mana kita beraya pada tahun-tahun lepas. Selalunya sebelum hari raya tolong bapak dengan mother buat ketupat daun, orang tempah ketupat daun yang dah siap masak. Kemas rumah, tukar sarung kusyen, lap tingkap, tukar alas meja. Lepas tu kalau sambut hari raya dekat Muar, memang pagi celik biji mata sampai ke malam beraya rumah saudara mara, balik je rumah, mandi, urus diri dan terus tidur. Aduh, rindu seyy. Tahun ni mother dan bapak mesti rasa awkward sebab rumah tak bersepah dengan daun ketupat, dengan beras, besen, penapis, senduk, periuk dan baldi semua. Mother dan bapak memang tolak tempahan ketupat, tiada siapa nak tolong. Semua adik-beradik aku memang tak balik raya.


Raya tahun lepas dekat kampung =)


Tahun ni pagi raya aku termenung dulu, buka tingkap tengok jiran-jiran masing-masing parking space full. Maksudnya mereka pun tidak balik kampung. Solat raya pun sendiri-sendiri. Alhamdulillah, aku ada dua orang kakak yang tinggal di Lembah Klang, bolehlah menumpang beraya dengan family dia. Tiada adegan makan maggie di pagi raya, haha. Lagi satu, disebabkan aku sekarang ni bertugas di CPRC kebangsaan, aku memang pergi kerja tengah hari raya pertama. Lagi happening tau, dekat sana ada makanan banyak dan boleh jumpa kawan-kawan. 


Orang dekat KL pun anyam ketupat tau, haha

Makanan dekat office pagi raya, ramai giler bawak makanan.

Ada pros and cons sebenarnya beraya diperantauan ni. Yang part cons tu memang precious time bersama keluarga tersayang memang limited sebab sekatan perjalanan rentas negeri. Berhubung melalui whatsapp je la, paling kuat pun call. Mother dan bapak tak reti video call. Tetapi ada sesuatu yang patut dibanggakan beraya pada musim COVID-19 ni. Pros adalah:

1) Jimat yang teramat sangat. Tahun ni aku tak beli baju raya, kasut raya, tudung pun tak beli (Boss aku bagi shawl raya, hihi). Semuanya ala kadar, guna pakai apa yang ada. Duit raya keluar la juga untuk saudara terdekat, guna online banking je. Tahun sebelum ni kalau keluar beraya, rumah yang ada warga emas memang aku hulur duit raya juga. Tahun ni tak beraya mana-mana, jadi macam tak luak la duit tu. Masuk Tabung Haji je la. Duit minyak dan tol memang tak payah keluar dah. Tapi kereta tetap kena servis, hihu.


Selenga giler, baju terpakai, shawl boss bagi, kasut buruk. Hentam je la labu.


2) Pemakanan lebih terjaga disebabkan kita hanya makan di rumah. Bayangkan kalau satu hari kita beraya 10 buah rumah, 10 kali makan, beratus kali kunyah. Lagikan pula, musim perayaan makanan semua berat-berat dan tinggi kalori, dengan kuih raya dan minuman yang manis lagi. Huii, memang terserlahlah hikmah beraya di musim wabak ni. Oh ya, aku turun berat 4 kg. Haha, asyikkkk banget.


Rendang ayam pencen, kakak aku masak.

Lastly, aku rasa kita sepatutnya bersyukur dengan apa sahaja yang ada pada kita. Tuhan masih bagi kita peluang beraya. Masih bagi kita rezeki untuk meraikan Syawal, masih ada adik beradik dan kawan-kawan untuk kita membawang bergelak bergambar mengarut semua la. Tak perlu nak salahkan corona virus, nak salahkan jemaah tabligh, nak salah warga asing. Semua itu aturan Tuhan. Hadapi dengan cara berTuhan. Maaf zahir batin.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta