Be Happy Again!
Dear all,
It is already November and 2021 will turn up soon. Next year, aku dah 3 series tapi aku rasa aku masih childish dan mengada-ngada lagi. Haha. Eh by the way, aku nak share something. Last week, I came across my friend's facebook posting. At that time, dia memang betul-betul baru up post pada wall dia. Aku rasa shocked gila and rasa macam sedih sangat bila baca post facebook dia. Aku kenal kawan aku ni since sekolah STMI (Form 1-3). Dalam kelas dia memang duduk sebelah aku, aku pernah rapat dengan dia.
Kawan aku tu post gambar ex-husband dia kahwin baru. Kahwin dengan BFF kawan aku tu sendiri. BFF masa UITM katanya. Aku tak pernah tahu pula yang dia dah bercerai dengan ex-husband dia. Kiranya dia bercerai dengan ex-husband dia sebab BFF dia sendiri. That is so painful. Aku kalau bab orang ketiga ni memang aku over feeling sebab aku pernah gone through. Feeling tu rasa pedih lain macam. Nak move on tu bukan senang tau. Tapi situasi berbeza, kawan aku tu dah kahwin ada anak seorang. Mesti dia lebih broken hearted.
Gambar dari Google |
Before this, aku macam tak perasan pun dia jarang up posting apa-apa pasal husband dia. Aku takdelah nak fikir yang bukan-bukan. Biasalah kalau dah jadi mak-mak mesti akan banyak cerita pasal anak. Rupanya dia dah bercerai. Kawan aku tu kahwin early 2017, then divorce in Dec 2018. Kita pun taktahu apa yang Tuhan simpan untuk kita kan? semoga yang baik-baik datang pada dia. Selalunya apabila kita jatuh, kehidupan dalam kebangkitan selepas kejatuhan tu akan jauh lebih baik daripada kehidupan sebelum kejatuhan. Tuhan tu masukkan nilai ketabahan dan kesabaran serta daya ketahanan yang kental yang menjadikan kehidupan tu lebih baik dari sebelum ujian. Rezeki lebih murah pun ya jugak. Be happy again. Aku sentiasa doa semoga dijauhkan dari menganiaya atau menjadi penghancur kebahagiaan orang lain. Nauzubillah.
Gambar dari Google jugek |
Lelaki, please. Kahwin tu bukan sekadar untuk berseronok, kahwin tu maksudnya tanggungjawab bertambah. Tanggungjawab tu berat. Jadi pemimpin tu berat. Berat sangat. Kalau yang masih berkahwin, tanggungjawab pada isteri dan anak. Kalau yang bercerai dan ada anak tu, jangan lupakan nafkah anak. Jangan masa anak kecil diabaikan, bila anak dah besar, kau dah tua time tu la baru nak cari anak semula. Tanggungjawab pada anak tu start dari buat anak tu sampai la anak tu bertemu pencipta. Tuhan akan tanya apa yang dah ditunaikan. Kalau belum tertunai, kau nak jawab apa dekat sana?
Comments
Post a Comment