Mimpi Gigi Patah
Assalamualaikum and hai,
First of all, aku nak wish Salam Ramadhan to all. Tahun ni aku sibuk, tak berapa sempat nak taip panjang - panjang. This is my first post untuk tahun 2021 and I'm still single. Haha. Awal tahun ni PM TSMY ada announced PKP di 6 negeri bermula 13 Januari 2021.
Okay, on 15th of January 2021 malam 16th January 2021 tu pulak aku mimpi sesuatu. Aku mimpi gigi aku pecah. Gigi bahagian atas. Okay, dalam mimpi tu aku punya gigi atas pecah, maksudnya aku keluarkan dari mulut aku tu macam serpihan gigi. Aku rasa guna jari gigi dalam mulut masih ada, yang ada dekat jari aku adalah gigi yang pecah la bukan bentuk gigi yang sempurna, tapi banyak gila. Gigi yang pecah tu banyak dan serpihan keluar dari mulut aku tu pun banyak. Macam aku ni kunyah batu kecil-kecil dan keluarkan balik. Macam tu la. Aku rasa 10 batang ada kot yang pecah tu. Memang banyak. Lepas tu, aku bangun tidur, lepas solat subuh aku fikir kenapa lah aku mimpi macam tu.
Seriously, sebenarnya aku takut, laju jugak jantung aku hari tu. Sebab before this aku pernah mimpi gigi aku tercabut atau patah dan memang betul beberapa hari selepas tu heard death news dari orang yang rapat dengan aku (Tak semestinya keluarga). Dan aku sememangnya percaya kalau mimpi bab gigi ni.
Then, 16th January 2021 pukul 3 petang macam tu, aku called mak aku. Masa tu aku work from home, memang saja la nak call mak. Then mak aku informed aku yang ayah aku positif Covid-19, memang fresh baru sejam tahu, PKD baru call rumah cakap result ayah positif. Aku masa tu blank gila. Aku macam erm nak respond apa ya dekat mak aku ni. Aku called semua abang kakak aku informed yang ayah positif. Mak ayah aku duduk berdua dekat rumah, bila ayah dah positif tu ayah memang kuarantin dalam bilik je. Ayah aku dah 74 tahun, ada penyakit darah tinggi dan asthma pulak. Ambulans memang tak datang ambil sebab hospital overflow, katil tak cukup. Ayah aku tiada simptom and cuma kena home isolation. Memang tak boleh keluar la, dah pakai gelang merah jambu.
Petang sikit lepas Asar, aku whatsapp jiran belakang rumah mak aku minta belikan barang dapur untuk rumah mak aku sebab mak aku tak pandai naik motor atau kereta. Takut pulak kalau barang dapur run out, ayah kuarantin 10 hari. Sekali jiran aku tu informed ayah dia pun positif. Jiran depan rumah mak aku pulak mesej aku bagitahu ayah dia pun positif. Untuk makluman, ayah aku kena swab sebab imam surau taman perumahan aku ni positif Covid-19. Geng surau 15 orang kena swab, 10 orang positif swab pertama, 2 orang positif swab kedua dan 3 lagi memang negatif. Aku rasa aku faham maksud mimpi gigi pecah banyak - banyak tu. Tiga hari kemudian, mak aku pun kena swab, as expected mak aku pun positif Covid-19. Aku serabut, aku tak boleh fokus buat kerja. Aku banyak termenung, berfikir dan berfikir. Mak aku ada penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik. Sama, home isolation. Tapi Alhamdulillah tiada simptom. Jiran- jiran yang positif pun Alhamdulillah jiran - jira semua dah sembuh, habis tempoh kuarantin.
Januari 2021 adalah waktu kritikal aku, dah la masa tu aku sibuk prepare proposal minta funding kajian lepas tu dengar mak ayah positif Covid-19 pulak. Macam gatal kepala. Aku rasa semua jenis solat aku buat, bangun malam buat solat tahajud, solat sunat rawatib setiap waktu solat aku buat, solat taubat, solat hajat, sedekah pun niat atas nama mak ayah. Masa sujud dalam solat tu aku memang minta dekat Tuhan, tolong panjangkan umur dan kurniakan kesihatan yang excellent untuk mak ayah aku. Drive kereta pergi kerja balik kerja kalau jem tetiba menangis. Huhu. Fragile betul masa tu. Tak ramai yang tahu. Aku senyap je, makcik pakcik sepupu sepapat semua taktahu.
True! |
Pertengahan Januari 2021, Tuhan tetapkan Malaysia PKP sekali lagi. Masa tu aku tak boleh balik kampung, minggu sebelumnya pun memang aku tak balik kampung, Muar. Sedih gila. Rasa macam eh apa lagi PM nak umum ni? In the other side, aku sepatutnya bersyukur kerana PKP. Nasib baik PKP, aku tak jumpa mak ayah aku, kalau aku jumpa maybe aku pun positif dan infect officemates aku yang lain. Tuhan tu Maha Mengetahui kan? Dia tahu apa yang Dia buat. Mak ayah tak dapat masuk hospital sebab katil penuh, but aku rasa itu yang terbaik. Home isolation lagi selesa, boleh tengok TV, boleh buka tutup peti ais, ayah aku tu boleh baring atas kerusi malas dia. Alhamdulillah, pihak surau upah orang memasak. Mak ayah aku akan dapat makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ada orang hantar makanan ke rumah sepanjang tempoh kuarantin. Alhamdulillah, dalam susah ada senangnya. Lihat dan faham maksud ketetapan Tuhan, baru rasa tenang dan tidak marah atau memberontak. Letak tapak tangan di dada, pejam mata dan cakap dalam hati " Aku yakin dengan apa yang Kau takdirkan untuk aku, kurniakan aku ketenangan".
5 Ramadhan 1442 H (11.45 pm)
Bet365 1XBET Welcome Offer
ReplyDeleteBet365 is ミスティーノ a new online sports betting 10cric login site, and we are now giving away an exclusive 1XBET welcome offer 1XBET to new players.