Setiap kebaikan adalah sedekah
Bismillahirrahmanirrahim...
Malam ini aku agak free walaupun pada hakikatnya esok adalah hari yang me'neves'kan. Esok aku ada role play and amali research method. Alhamdulillah hari ini aku dapat carry out bulatan gembira bersama housemates tersayang. Tak tahulah hendak guna silibus yang mana lalu aku guna je lah buku hadith 40.
Hadith 23 : Setiap kebaikan adalah sedekah
Aku tak tahu kenapa tetapi aku tersangat suka dengan cerita ini:
Rasulullah s.a.w selalu menyuapkan makanan kepada seorang lelaki yahudi buta di pasar. Beberapa hari selepas Rasulullah wafat, comfirmed la lelaki yahudi buta tu lapar sebab tak ada siapa suapkan dia makanan lagi lalu Saidina Ali pun pergi ke pasar untuk mencari lelaki yahudi buta tersebut. Sampai di pasar, Saidina Ali terjumpa seorang lelaki yahudi buta yang mulutnya tidak henti-henti mencaci maki Rasulullah dan Saidina Ali pun beredar kerana jika difikirkan tidak mungkin lelaki tersebut. Puas Saidina Ali mencari jika ada lelaki yahudi buta yang lain tetapi memang hanya seorang sahaja lelaki yahudi buta tadi yang ada di pasar tersebut. Lalu, Saidina Ali pun mendekati lelaki buta tersebut dan menyuapkan makanan ke mulut lelaki yahudi yang buta itu.
Pada mulanya, lelaki buta tersebut enggan makan. Suapan kedua barulah dia makan dan enggan untuk suapan ketiga.
Saidina Ali bertanya " kenapa kamu tidak mahu makan?". "Orang yang selalu suapkan aku adalah seorang yang lemah lembut, kamu ini seorang yang kasar". Jawab lelaki buta tersebut.
Saidina Ali bertanya lagi "Kamu tahu siapa yang menyuapkan kamu selama ini?". Lelaki buta tersebut menjawab "tidak".
Lalu Saidina Ali bertanya lagi "Kamu hendak tahu siapa?Lelaki buta itu menjawab "mahu".
Saidina Ali pun berkata " Dia adalah orang yang selalu kamu caci, dialah Muhammad s.a.w".
Lelaki yahudi buta itu terus memeluk Saidina Ali sambil berkata "Ajarkan aku khalimah shahadah".
Hence, moral of the story is cubalah follow keperibadian Rasulullah even kesabaran kita tidaklah setinggi kesabaran Rasulullah. Ramai yang memeluk Islam walaupun baginda sudah wafat. Sebab apa? one of the reasons is peribadi Rasulullah sangat mengkagumkan...
Comments
Post a Comment