Mujahadah ala nafsi.

Assalamualaikum and hai...

Hari ini after working hour aku punya jari jemari automatically menaip satu web mengenai muslimah attire. I mean something related with the dress, headscarf, jubah, skirts and many more. I don't know why but recently I love to search instagram or web yang berkaitan dengan clothing. Mencik! mencik! help! I need to restrict myself from falling in love with this new hobby. Okey, take a big deep breath. Astaghfirulla Halazim3x. Sangat merbahaya sekiranya hobi ini berterusan. Huh! typical perempuan memanglah macam ini. Jihad yang paling besar adalah jihad menentang hawa nafsu. Mujahadah ala nafsi. Go! Fighting2 auntie nana!.



Alright, marilah kita memotivasikan dan menyedarkan diri. Perlu ubah direction ini, fokus kepada simpanan dan belanja kearah kebaikan. Sebenarnya, harta yang mengalir itulah adalah lebih baik daripada harta yang dibiarkan berkepuk lama-lama. Okeylah, aku lebih menfokuskan 'harta' itu pada 'duit'. Ibarat seperti air yang mengalir, sentiasa bersih berbanding air yang dibiarkan bertakung macam itu sahaja, of courselah air yang dibiarkan bertakung itu akan menjadi berkeledak. Sebab itu kita selalu dengar orang cakap 'duit mengalir keluar laju macam air'. Tetapi haruslah diingat bahawa duit itu akan menjadi 'bersih' sekiranya kita menggunakan ke arah kebaikan. Bukan belanja yang bukan-bukan. Simpanlah sedikit, jangan guna semua. Bagi aku tidak salah pun berbelanja tetapi jangan berlebihan.Berbelanja lebih daripada pendapatan agak menggilakan. Yang bawah ini adalah pesanan dari penaja. Haha.



Nampak tak ayat 'jangan boros' disitu? Jadi, lebih baiklah kita membersihkan diri dengan banyakkan bersedekah, zakat, infak dan lain-lain berbanding membeli yang bukan keperluan. Boleh kikis sifat sombong dan kedekut gitu. Tak luak pun harta itu kalau digunakan untuk kebaikan, duit kalau simpan dalam 1 bekas, then simpan sampai penuh. Kita memang tak dapat nak masukkan duit lagi dalam bekas itu kalau dah penuh. Kalau kita gunakan duit sedikit, at least ada lagi ruang yang akan diisi dalam bekas. Maksudnya, kalau kedekut tak nak mengeluarkan zakat dan bersedekah memang tak bertambahlah ruang rezeki. Kalau keluarkan zakat atau bersedekah semakin bertambahlah ruang rezeki. Aku ingat lagi kakak naqibah aku pernah berpesan 'harta kita diakhirat nanti adalah apa yang kita infakkan bukan berapa banyak yang kita dah kumpul'. One more thing, kalau dah bekerja nafkah ibu bapa jangan dilupa. Keberkatan gaji itu ada disebalik nafkah tersebut. Okeylah, aku nak pulang dulu. Air-cond dekat tempat kerja pun dah kene off. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta