Laksa Terengganu slurppp
Assalamualaikum peeps,
Happy extended MCO everyone. Haha, kalau stress terperap dekat rumah, bolehlah layan kampung people, nescaya anda tidak akan stress lagi. Aku tengok drama tu berdekah-dekah sey. Hari Rabu hari tu aku nak keluar pergi kedai untuk membeli barang dapur sikit. Lepas tu aku macam terperasan yang tayar belakang aku lembik dan ada paku. Aduhai, sedih. Aku pun minta tolong housemate aku, Siti untuk pergi kedai. Aku bagi dia senarai barang yang perlu dibeli. One of the lists is kueh teow or mee kuning basah, boleh la aku goreng buat sarapan pagi esok. Korang nak tahu tak apa dia beli? Siti beli laksa! Aku belum pernah buat laksa sepanjang aku hidup. Jeng, kantoi. Aku terkebil-kebil tengok ini kueh teow ke laksa. Tapi aku senyap je, sebab aku berfikir aku nak buat apa dengan laksa tu selain memang kena buat kuah laksa.
Lepas tu Payish tanya aku "Kenapa laksa? kita boleh buat apa ya? boleh goreng ke?"
Aku cuma cakap "Maybe Siti betul-betul nak buat laksa?".
U all know what? After 2-3 days baru aku tanya Siti yang dia beli laksa sebab dia nak buat laksa atau tersalah beli. Lepas tu muka dia macam eh aku beli laksa ke. Haaa gitu la. Kebetulan dalam peti ais ada ikan kembung, jadinya tengah hari tu juga la Siti pergi rebus ikan kembung buat kuah laksa Terengganu. Siti orang Terengganu. Oh ya rumah kita orang tiada timun dan salad tetapi ada kacang panjang. Bolehlah, potong kecil-kecil buat ulam laksa. Sambal belacan memang dah ada dalam peti ais. End up jadi la seperti ini, laksa tu macam bergumpal sikit. Korang akan nampak aku ni macam makan nasi dengan kuah lemak, tetapi sebenarnya itu memang laksa yang tersilap beli tu.
First time makan laksa Terengganu, not bad. Kuah dia macam kuah laksam. |
Sorry, aku tiada resepi laksa ni sebab masa Siti buat tu hari Jumaat, weekday. Kalau weekday aku memang duduk dalam bilik mengadap laptop buat kerja aku. Aku tak nampak Siti bersilat dekat dapur kerjakan laksa ni. Maaflah kalau mengharapkan aku kongsi resepi, hanya mampu kongsi gambar je.
Comments
Post a Comment