Bekerja vs Belajar
Dear all,
Aku rasa dalam dilema la. Aku rasa nak sambung belajar lagi tapi pada masa yang sama aku rasa aku perlu bekerja untuk pengalaman kerja dan kekuatan diri. Tetapi menjadi seorang academician pun salah satu cita-cita aku, academician yang practically knowledgeable bukan sekadar tahu theory, baca journal dan tahu mengarah je tetapi tahu juga penat lelah dan situasi team pelaksana di ground. Ececeh puihh, haha. Persekitaran semasa bekerja dan belajar sangat berbeza. Bila bekerja aku lebih nampak perangai sebenar manusia tu macam mana. Zaman belajar dulu aku rasa aku buta atau memang tak pandai menilai sangat perangai manusia. Masa tu aku memang tak nampak kekurangan manusia sekeliling aku, aku cuma nampak kelebihan dan bergembira dengan mereka. Belajar atau bekerja dua-dua stress tetap ada, dua-dua boleh menangis, dua-dua penat, sama je dua-dua ni.
Maybe waktu sekarang ni aku perlu bersikap jangan terlalu baik atau rapat pun dengan sesiapa dekat office. Sometimes bila kita baik macam mana sekalipun orang tetap akan bad talking pasal kita di belakang kita. Aku ni jenis memerhati. Aku nampak beberapa orang yang suka bad talking pasal orang lain, bila berdepan memang baik bila belakang perghh panas telinga dengar. So, tak mustahil suatu hari nanti aku pun boleh jadi bahan umpatan mereka. Hence, kena careful dalam relationship. Tak boleh terlalu baik dan terlalu tak baik perhaps. Aku faham, perempuan ni kalau ada apa-apa yang tak puas hati ubatnya cuma meluahkan sahaja apa yang tak puas hati tu. Tapi ada beza tau meluahkan dengan menjaja keburukan orang lain. Meluahkan cukup cerita pada seorang yang dipercayai, menjaja keburukan ni semua orang dia nak luah, semua orang kena tahu buruk orang yang dia cerita tu. Toxic people is real guys and they are everywhere, luls. Tapi pasakkan dalam hati dan otak yang cerita buruk pasal orang lain tu is not good. Nobody perfect kan? Okay la, aku perlu buat istikharah la kot kan nak belajar ke nak kerja. Jumpa lagi. Salam Maal Hijrah semua. Semoga diri kita lebih baik berbanding sebelum ini.
Comments
Post a Comment