Menyamar...

Anuar dan Zain merupakan pengurus bola sepak kampung mereka. Namun begitu,pasukan mereka kalah teruk 'dibelasah' pihak lawan. Mereka sebagai pengurus bola sepak merasa amat malu dengan orang kampung terutamanya. Mereka merancang untuk menyamar apabila keluar ke pekan kerana malu.

Zain keluar ke pekan dengan berpakaian seperti Pak Arab.Tiba-tiba ada seorang nenek tua menegurnya.
"Hey Zain,jumpa kat sini kita ye".

Zain terus melarikan diri. Dia merasa amat pelik bagaimana nenek tua itu boleh mengenalinya walaupun dia sudah mengenakan pakaian ala Pak Arab. Zain merancang helah lain pula untuk hari seterusnya.

Hari berikutnya Zain pergi ke pekan dengan memakai baju koboi.Nenek tua yang sama menegurnya.
"Hey Zain,ko pakai baju koboi pulak hari ni"

Zain pun bertanya kepada nenek tua itu: "Macam mana nenek boleh kenal saya, saya tak kenal nenek pun"

Nenek tua tu pun berbisik: "Hey, ni aku la Anuar".


Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta