Teh panas vs Teh sejuk
Seorang lelaki singgah di sebuah gerai. Disebabkan wang yang ada cuma 70 sen sahaja, dia bertanya harga segelas teh panas dan teh sejuk. Pelayan gerai menjawab...
"Teh panas 70 sen, sejuk RM1.20".
Lelaki itu terus meminta teh panas. Apabila pelayan menghantar segelas teh yang berasap, tanpa teragak-agak lelaki itu terus meneguknya sampai habis sambil tercungap-cungap menahan rasa panas minumannya itu.
Pelayan itu kehairanan kenapa teh panas itu boleh habis dihirup dalam sekelip mata.
Lalu lelaki itu memberinya 70 sen lantas menjawab:"Kalau lambat air ni jadi sejuk nanti tak pasal-pasal saya kene bayar RM1.20. Lebih baik cepat-cepat minum, jimat 50 sen".
Comments
Post a Comment