Assalamualaikum and hai! Basically, ayah aku ada buka akaun SSPN untuk aku semasa aku tingkatan 4. So, ayah aku adalah pendeposit dan aku adalah penerima manfaat. Pendeposit sahaja yang boleh keluarkan duit SSPN atau tutup akaun. Before this aku memang tidak pernah keluarkan duit SSPN ini. Selalu topup duit masuk je. Berzaman dah. Since aku pun dah habis belajar, aku pun decide untuk tutup akaun SSPN. Penyata terakhir. Tinggal kenangan. Awal Oktober 2017, aku ada pergi pejabat PTPTN Muar (dekat dengan bulatan). Mudah dan cepat. Beberapa minit siap. Haha. Cakap je dekat staff PTPTN nak tutup akaun SSPN. Ada isi borang sikit, pendeposit kena tandatangan dekat borang itu. Bagi salinan IC dan salinan penyata bank pendeposit (as long as ada nombor akaun bank, nak print online pun boleh). Before this, ayah aku pernah datang dan bagi salinan depan buku BSN, tetapi staff PTPTN sini cakap duit tidak boleh ditransfer ke BSN. ASB dan Tabung Haji pun tidak boleh. So, kali ini g...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tengok tajuk sahaja sudah boleh faham topik yang bakal diceritakan. So, straight to the point sahajalah. Alhamdulillah aku lulus exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan peringkat seterusnya ialah Program Assessment Centre (PAC). Luckily, aku dapat PAC di INTAN Wilayah (kampus tengah) berhampiran dengan pintu belakang UM. By the way, selepas pendaftaran ada saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Kalau stage yang ini calon berjaya, maka calon akan stay di INTAN dan meneruskan PAC sehingga hari berikutnya. Bagi calon yang tidak berjaya, maka berhenti setakat itu sahaja dan boleh pulang ke tempat masing-masing. Hari Pertama: Bermula dengan pendaftaran (jangan lupa bawa emel panggilan PAC yang sudah di print dan borang profil SPA, pakai baju sukan lengkap) dan taklimat ringkas. Calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan (berdasarkan kepada angka giliran). Seterusnya, ada saringan kesihatan yang...
Assalamualaikum, Hai everyone! Eceh macam la ramai yang baca post aku ni. Okay, aku nak share sedikit pengalaman aku positif Covid-19 bulan Julai lepas. Sebelum ini, post aku pasal parents aku yang positif Covid-19 kan? lepas tu eh tetiba aku pun ikut positif sekali. Untuk makluman, aku dah complete 2 dos vaksin CoronaVac (Sinovac) pada 9 Jun 2021. Then, aku positif pulak selepas hampir sebulan fully vaccinated. Masa dekat bilik pemerhatian lepas kena cucuk 2nd dose. 3 Julai 2021 : start sakit tekak, tapi sekejap je tau. Sakit tekak pagi, petang tu dah tak sakit tekak dah. Aku buat air limau masa sakit tekak ni. 4 Julai 2021 : suhu badan start naik. Demam kura-kura, on off. Aku tak fikir apa-apa sebab setahu aku, aku tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kes positif dan aku bukan demam bed-ridden. Masa demam tu aku masih lagi memasak, boleh lagi naik tangga turun tangga. 5 Julai 2021 : pergi klinik kesihatan, masa ni mata kanan start merah. Tapi tak gatal atau ...
Comments
Post a Comment