dia hanyalah ujian buatku...

Ya Allah, aku mohon bersihkanlah hati ini...

Peringatan buat kaum Adam:
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''(Imam As syafie)

Amaran buat kaum Hawa: 
''jangan kamu cuba membuatkan seseorang lelaki itu tersentuh hatinya akan kamu"


Dalam usrah, lantang bersuara menegur anak-anak usrah agar menjaga ikhtilat.Jangan sampai cinta fitrah menjadi fitnah.

Tatkala melantunkan ayat kedua dan ketiga dalam surah As-Saff:

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

Bergetar jiwaku tatkala mendengar ancaman ini. Mungkin aku termasuk dalam golongan ini.

Apalah erti dunia dan seisinya andai hidup berteman kebencian Sang Pencipta. Tanpa kasih sayang dan rahmat-Nya, pasti saja hidup seakan mati yang belum mati...


Aku mohon bersihkanlah hati ini.Wahai hati, dengarlah kata tuanmu ini,dia hanyalah ujian buatmu.Aku harap jika aku jatuh cinta aku tidak akan kehilangan cinta-Mu Ya Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta