Bed time story...=)


Ya Allah, seronok tengok kawan-kawan sekolah berubah. Maksud aku berubah = berhijrah ke arah yang lebih positif. Kalau lelaki memang aku tak boleh baca macam mana tetapi kalau perempuan mungkin dari segi luaran in term of pemakaian baju or tudung semakin labuh. Cara cakap pun mungkin dah boleh detect dah bahawa mereka sememangnya melalui proses pentarbiyahan. Sometimes, aku boleh detect mereka ini jemaah mana....teeettt... Usrah adalah salah satu daripada proses pentarbiyahan. Usrah yang baik adalah usrah yang meninggalkan kesan kepada ahli usrahnya.

Begitu juga dengan diri aku, aku mula melalui zaman ini masa dekat MRSM, akan tetapi effectnya pada diri aku kurang berkesan. Mungkin sebab aku tak matured lagi kot time tu so aku tak menghayati. Aku tahu tetapi aku tak apply. Tiba-tiba terfikir pasal adik-adik usrah dekat MRSM, apa lah jadik kat mereka agaknya. Aku dah lama kot tak hantar surat pada mereka. Last hantar lepas aku dapat result SPM. Aku rasa aku tak put much efforts on them. Aku berusrah dengan mereka atas sebab tanggungjawab sahaja. Aku tak pernah follow usrah dan tiba-tiba aku kene jadi naqibah. Beginilah jadinya. Tetapi pengalaman itu guru yang paling baik kan?

Semasa di matrik dulu, ada seorang kakak comel approach aku masa orientation week, nama dia pun Farhana jugak, sekarang ini dia jadi kakak angkat aku. Dia fasi masa itu kiranya dia alumni matrik la. Then, after orientation dia balik la ke kampus dia tetapi Alhamdulillah aku jumpa pulak dengan kak ct. At first, aku nampak dia dekat masjid. Dia ini student kat matrik tu jugak. Masa itu aku tak kenal dia lagi. So, aku buat tak tahu je la. Tidak lama lepas itu aku dapat tahu yang dia ini satu usrah dengan aku.Tarbiyah ruhiyah dia sangat mantap kot. Tersentap I. Aku jumpa sahabat-sahabat lain jugak. Mereka memang mantap-mantap. Aku rasa aku je yang macam 'sosial' sedikit. Uhuk-uhuk, kutuk diri sendiri.  Then baru tahu apa itu ukhuwah. Tak boleh nak cakap, kene rasa sendiri. Rasa dengan hati bukan dengan lidah.


Banyak benda yang aku belajar time ni termasuklah pengucapan awam and leadership...kui3x, kami kene paksa lead ma'surat and bagi kulimin selepas solat subuh and asar dekat masjid. Mula-mula memang gagap, macam orang bisu pun ada tetapi lama-lama dah seronok rasa macam tak nak berhenti bercakap. Plus, aku belajar pasal ikhtilat. Part ini yang menyebabkan jantung aku seperti kene sentap. Malu and menyesal pun ada. Teringat zaman sekolah-sekolah dahulu. Ok, tak nak gedik dah. Gedik saya hanya untuk suami saya...hihihi...malu I. Muka pun tunduk je time usrah gabungan dengan muslimin. Dan aku tidak kisah kalau ada di antara kawan-kawan lelaki aku dahulu berubah. Maksud aku kurang berhubung dan sebagainya sebab aku faham apa yang mereka faham.

Oppss,terlupa pulak. Aku kene study, next week final....nanti kita sambung...Salam...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta