Ukhuwah itu...

Assalamualaikum w.b.t

'Sekiranya kamu ingin berjumpa dengan orang yang kamu sayang di syurga, NIAT kamu perlu BETUL. Maksudnya sayangi orang tersebut kerana Allah bukan mencarinya sewaktu kamu susah mahupun semasa dia senang'. 

Okay, dahi aku berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut naqibahku. Maksudnya sesuatu perhubungan yang ikhlas kan?(sekadar berbisik di dalam hati).

'Kamu ajak orang yang kamu sayang menuju jalan ke syurga, elakkan dia daripada azab neraka. Sebagai contoh: kejut roomate untuk solat subuh, kamu kejut roomate kamu untuk elakkan dia daripada meninggalkan solat subuh. Same goes to life as husband and wife or even relationship dengan family. Niat berkahwin pun perlu betul. Nak bimbing pasangan ke jalan yang diredhai Allah, bukan nafsu semata. Bimbing antara satu sama lain. Boleh jumpa di syurga nanti'. Sambungnya lagi.

Bersinar-sinar mata ini bila dengar statement macam itu. Ouh mintak mahap bebanyak ye, entry kali ini agak kurang tertibnya. Tiada mukaddimah dan konklusinya. 



Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta