Assalamualaikum all,
Nowadays kan zaman ewallet, aku selalu guna Boost berbanding ewallet lain. Lepas tu, dekat Boost ni ada join mission pay PTPTN Rm200 akan dapat cashback Rm3.50. Kena redeem 100 coins untuk join mission tu. 100 coins tu boleh kumpul kalau buat sebarang pembelian. Last month, first time aku guna Boost untuk bayar bill. Then, aku ni pula sejenis yang paranoid sikit. Takut duit tak sampai ke PTPTN ke apa ke kan, so aku try lah bayar Rm10 dulu. Kalau burn pun Rm10 je.
|
Mission dalam Boost app |
Nak bayar PTPTN by Boost ni, pergi je dekat bahagian bill payment. Lepas tu boleh pilih bill apa yang kita mahu bayar. Pilih PTPTN, isi maklumat. Okay, nombor akaun tu letak nombor pinjaman. Aku sebenarnya macam taktahu ni nombor akaun apa, no kad pengenalan ke nombor pinjaman ke, tapi takkan nombor akaun bank kita pulak kan? hihuu, tapi aku letak nombor pinjaman la. Aku tak sure la kalau nombor akaun tu boleh letak nombor kad pengenalan kita ke tak. Aku pun tak ingat nombor pinjaman aku, aku log in anjungptptn tu tengok balik penyata bayaran balik PTPTN. Dekat situ ada nombor pinjaman kita.
|
Total amount due tu letak la tarikh apa kita boleh bayar |
Lepas tu, aku rasa selang sejam aku tengok penyata aku dengan Boost tu. Haha, iya lah takut kena tipu ke, takut tak sampai ke PTPTN ke, takut duitnya bounce back ke ewallet ke. Then, dua hari kemudian baru masuk dalam penyata bayaran balik PTPTN tu, not bad la. Less than 3 days kan, aku buat masa weekdays. Terus process agaknya. Ada surcharge Rm1, so dalam penyata cuma dia tolak Rm9 je la. Pihak PTPTN pun ada hantar email penghargaan, rajin depa ni. Bayar seciput pun dia bagi email penghargaan. Haha.
|
Dalam penyata tolak Rm9 je, ada surcharge Rm1 |
By the way, aku tak marah pun PTPTN ni tak di mansuh. Dah hutang, bayar la kan. Cuma aku rasa bab pinjaman ni tak payah nak masuk dalam manifesto pilihan raya, macam menjerat leher la. Janji or hutang? mana satu patut dipenuhi? kuikui. One more thing, jangan lupa masuk Boost tu melalui shopback, boleh dapat juga cashback Shopback kalau bayar Rm200. Cuma, aku rasa better bayar guna Jompay, tiada surcharge dan tak perlu redeem coins. Lagipun cashback Rm3.50 untuk payment Rm200 tu macam tak berbaloi.
Comments
Post a Comment