Homemade sate ayam

Assalamualaikum yalls,


Hari tu kan freezer mother aku dekat rumah tu rosak. Masih sejuk cuma tak beku la, habis semua ikan, daging lembu, ayam dan kuih frozen cair dan lembik gitu. Apa lagi semua tu berendam air darah la. Rasa macam terlalu banyak lauk, nak masak semua macam tak termakan. Kalau nak masuk dalam peti ais tak muat dah. Ikan tu takde masalah, kucing aku 20 ekor boleh tolong makan. Yang daging dengan ayam tu macam terpinga-pinga taktahu nak buat apa sebab mother duduk berdua je dengan bapak. Lepas tu aku buat sate ayam dengan daging lembu. Buat rempah untuk perap, bila dah perap tu macam tahan lama sikit la. Makin lama perap makin sedap, chill kan dalam peti sejuk.

Mula-mula aku bakar sate ayam dulu

Sebelum ni aku dengan mother tak pernah buat sate ayam dengan daging. Tapi mother selalu je buat serunding daging, bahan perap tu sama je macam buat serunding. Menjadi la, sedap dan rasa macam berada di awang-awangan masa makan tu. Kahkahkah. Aku perap ayam satu bekas, lepas tu perap daging lembu satu bekas yang lain. Perapan daging lembu tu aku tak buat sate, mother aku buat serunding daging.


Perapan daging lembu untuk sate daging/ serunding daging


Bahan-bahan:

Ayam/ Daging lembu (anggaran 1/2 kg- 1 kg)
1 sudu besar jintan manis (sangai dulu)
1 sudu besar jintan putih (sangai dulu)
1 sudu besar ketumbar (sangai dulu)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
3 inci lengkuas
2 batang serai
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Sangai dulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar atas api (tanpa minyak). Sangai sampai naik bau baru tutup api.
2. Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai dengan rempah-rempah yang disangai tadi.
3. Tuang atas ayam/ daging yang dah dipotong kecil-kecil.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Perap 2 hingga 3 jam. Nak perap semalaman masuk peti ais tersangat la boleh.
5. Cucuk kan ayam/daging tu dengan lidi. Kulit ayam tu jangan buang, boleh cucuk sekali dengan ayam/daging. 
6. Titik serai sebatang, nanti renjiskan minyak masak atas ayam/daging dekat atas sate semasa membakar guna serai tu. Lepas tu shiaappp.

Sate ayam, aku bakar atas pan lempeng je.

Oh ya, kalau nak bungkus sate yang dah dibakar, tak kisah la guna plastik or bekas polisterin ke make sure sate tu dah sejuk. Kalau dalam bekas polisterin tu, letak je dulu jangan terus tutup. Aku perasan kan kalau sate panas-panas di bungkus ni rasanya masam sedikit tau walaupun memang tak letak asam jawa. So, kalau dah sejuk baru bungkus. Nanti nak makan boleh panaskan balik kan, masuk microwave je. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta