Tuesday, 3 April 2018

My viva voce

Assalamualaikum,


Nothing to share. Just nak cakap I dah viva semalam (2th April 2018). Lulus and lega sangat. Walaupun dapat major correction, tetapi syukurlah nak. I memang doa supaya I dapat major correction sebab tempoh pembetulan lebih panjang (60 hari) berbanding minor. Bulan April ini memang banyak kena drive jauh, bawa parents pergi jemputan kahwin. So, kalau dah viva tak payah la nak angkut thesis journal paper bagai untuk dibaca masa makan nasi minyak dekat rumah orang nanti kan =)


Some tips yang tak seberapa for adik2 yang nak viva:
  • Basically, this is your research and you should know better than the examiners. Kena confident and selagi boleh defend tu silalah defend. Tetapi jangan defend keras sangat, sebab kita ni end up tidak semestinya ikut suggestion examiner, kita akan balik pada supervisor and comittee members.
  • I'm not sure la department and uni lain macam mana kan, tetapi department aku and UPM ni macam discussion je viva tu. Tak rasa macam kena tembak dengan meriam buluh or M16 la. Takde istilah kena mental torture . Department lain I tak sure la. Just kena faham betul2 je thesis yang di tulis tu, journal paper tu I tak berapa baca sangat menjelang viva tu. Sebab banyak sangat takut tepu otak nanti. Lagipun examiner akan tanya based on the thesis yang disubmit tu.
  • Nerveousness is normal. I baca surah Al-Fatihah banyak kali. Datang awal, set up slide, pusing2 tengok tempat. After dah start present nanti, level of nervousness tu akan menurun slowly dan akan kembali tenang time Q & A. 

Well, as human, nobody perfect. Buat la correction thesis beratus kali pun memang tetap tak perfect thesis tu. At the beginning of the data collection, I rasa macam nak quit je sebab susah nak recruit respondents but need to think secara waras. Geran ada, scholarship ada, monthly allowance pun dapat. What else? parents pun sentiasa bagi moral support, kufur nikmat pula aku ni kan. So, bertabah je la. Then, after six semesters baru submit thesis and viva. Feeling yang susah untuk di describe u know bila dah viva. To all postgrad students, all the best!!! Have a wonderful and safe journey. Challenges shape you into a strong person.

Tuesday, 6 March 2018

Dream comes true


Assalamualaikum readers.


Hmmm, actually I miss my home. I mean my hometown maybe sebab ada parents. Well, Ahad malam Isnin yang lepas aku mimpi something. Aku mimpi ada orang masukkan rm250 dalam akaun tabung haji aku. Dalam mimpi itu ada view buku tabung haji aku ada tambahan simpanan sebanyak rm250. Jarang weh nak mimpi pasal duit. Aku bangun pagi pergi kerja seperti biasa. 

Boleh pulalah rasa macam tergerak hati nak check baki tabung haji dekat apps thijari. U know what, it was real (tapi amount tu lain sikit, hehe). Literally memang dream comes true. Ada simpanan tunai rm200 dalam akaun tabung haji aku. Wow! dejavu ke apa ni? Terkejut aku, whatsapp segala saudara mara, kawan2, jiran tetangga siapa yang masukkan. Yelah, manalah tahu ada yang terlebih duit and sedekah dekat aku. Lol. Sekali mak aku rupanya. I think my mom guna duit yang aku bagi dia. Terharu weh, rasa macam nak menangis. Aku bagi mother duit belanja barang dapur tetapi mother simpan pula duit tu dalam tabung haji aku. Haih, rasa macam nak pergi umrah lagi la. 

In closing, berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa (Al Isra':23; Luqman: 14). Terlalu banyak pengorbanan mereka walaupun kita ni dah besar panjang. Naqibah aku pesan: In sha Allah, makin murah rezeki kalau buat baik pada ibu bapa. Bila difikirkan balik, ada betul juga sebenarnya sebab setiap kali aku balik kampung, mother akan bagi barang basah mcm udang, sotong, ikan and kelapa parut. Hehe. Urusan kita pun lebih mudah dan cepat, contohnya kerja memang akan siap sebelum balik kampung. Jadi semakin berdisiplin sebab dah tahu dekat kampung memang tak buka laptop la. So, let's doing good to them.

Friday, 26 January 2018

Umrah Musim Sejuk

Assalamualaikum and Salam Jumaat,


Alhamdulillah, aku dah submit thesis semalam. So, bolehlah tarik nafas sekejap. Hehe. Well, since this is still January month of 2018, so welcome to 2018. Bom Bom Bom Kebabom (Bunyi bunga api). Oh ya last month, around 12 Dec to 23 Dec 2017, I managed to perform umrah with my parents. Tak boleh moved on lagi ni. Aku nak share sedikit berkenaan dengan preparation and tips untuk perform umrah. My first experience. Sebelum ni tak pernah sampai Mekah and Madinah lagi.


1. Agensi travel:

  • My parents sangat fussy bab travel agency ni, aku noticed dekat Muar ni ada Tabung Haji Travel  (TH travel) and it was reliable. So, bila aku cakap kita pergi dengan TH travel, parents aku senyum sampai ke telinga sebab mereka tahu mereka tidak akan ditipu. Lol. Lagipun, senang access, payment semua tolak dari akaun Tabung Haji je. Tak payah nak bawa duit berkepuk2 bayar dekat kaunter. Bagi buku akaun je. 
  • Pakej paling murah aku pilih namely Pakej Fairuz. Harga depend pada berapa orang satu bilik and pada musim (contoh: cuti sekolah & bulan Ramadhan mahal sikit la). TH travel bagi 3 beg (bagasi, beg sandang, sling beg), telekung dan kain ihram. 
  • Transport dari Muar ke KLIA tu pun TH Travel sediakan. Sama juga balik umrah dari KLIA ke Muar nanti pun naik bas yang disediakan juga. So, waris tak perlu hantar ke KLIA. Hantar and pick up dekat Muar je. Jimat minyak and tol. Hehe. Time ni ada dalam 5 bas. Travel agency lain ada yang okay je sebenarnya, cuma tak banyak dekat Muar ni. Andalusia Travel takde dekat Muar ni. 


2. Kursus umrah and other knowledge:

  • TH Travel ni memang ada buat kursus umrah a few weeks before berangkat. Kami juga ada praktikal tawaf and sa'i. Jadinya, aku dah bertawaf dan bersa'i dulu sebelum pergi tapi olok2 la bukan niat ihram pun time ni. At least, aku dapat la sedikit overview la. Kalau tak terpinga-pinga i nanti tau. Actually, parents aku pernah perform haji last 12 years ago. Surely, mereka pun kena polish semula knowledge and skill tu. Ayah aku nak pakai kain ihram pun dah lupa macam mana. Aku pun buka la you tube tengokkan untuk dia. Hehe.
  • One more thing, dekat Mekah and Madinah, selepas setiap solat fardhu tu memang akan ada solat jenazah. Jadi, silalah review2 macam mana nak perform solat jenazah tu.
  • Buka you tube and taip Makkah Live. Memang keadaan semasa dekat Mekah. Live.So, boleh dapat overview suasana dekat sana. 
  • Sentiasalah bercakap perkara yang positif dan baik. Tanah haram Mekah dan Madinah adalah tempat yang memang termakbul doa. Banyakkan berzikir dan berselawat. Jangan cakap2 kosong or tegur benda2 yang pelik. Hehe.
  • Lazimkan solat tahajud and solat di awal waktu dekat Malaysia ni. Senang nak bangun awal dekat sana nanti. Dekat Mekah, pergi Masjidil Haram tu awal sikit. Bukan sikit banyak la senang. Kalau subuh masuk pkul 5.30, aku gerak pergi Masjidil Haram pukul 4 pagi. Waktu asar, maghrib dan isyak aku memang tak balik hotel. Duduk sana terus. Bawa ma'athurat, tasbih, sangat berguna dekat sana. Kalau awal dapat solat dekat dalam, takde lah solat dekat luar tu. Dekat dalam boleh nampak kaabah. Pandang kaabah dapat 20 rahmat, silalah tengok selalu kalau dekat sana. Solat lah dekat dalam, datang awal ke masjid.


3. Pakaian: Aku bawa pakaian tak banyak. Seriously, ramping je luggage aku tu.

  • Aku bawa telekung 3 helai (telekung sahaja, kain telekung tak bawa). Aku rasa pakai telekung lebih terselamat wudhuk berbanding pakai tudung biasa. Sebab jari kita ni terhindar daripada tersentuh kulit lelaki lain yang bukan muhrim. Sometimes, on the way nak pergi masjid tu pun bergasak dengan ramai orang, so nyorokkan tangan dalam telekung. Orang negara lain jalan laju2, bila jalan laju tangan juga terhayun dengan laju takut pulak terkena kita yang jalan dengan sopan santun ni. Hehe.
  • Aku bukanlah pemakai jubah yang setia, so aku bawa jubah 2 helai je (1 hitam 1 putih). Lagipun, nanti dekat Madinah banyak jubah, nanti beli jubah lagi, so tak payah la bawa jubah banyak2. 
  • Baju kurung tu bawa dalam 3 helai (baju sahaja, kain tak bawa sebab pakai dengan seluar). Seluar panjang macam seluar slack tu bawa dalam 4 helai (pairkan dengan baju kurung and jubah). Kain aku tak bawa sebab susah nak langkah besar2, hehe. Basically, orang nampak kita ni bertelekung and berseluar je. Baju apa kita pakai tak nampak sangat. Kalau nak pakai baju tshirt labuh dekat dalam telekung pun takpe. Telekung tu dah melayut ke bawah sampai paras lutut. Don't worry la ya.
  • Stokin tebal bawa banyak weh, dalam 10 pasang ada kot. Stokin bukan setakat pakai time solat je, time tidur pun pakai. 
  • Baju basahan untuk pakai dalam hotel tu dalam 2 helai cukup dah. Basuh baju hari2 nescaya cukuplah baju anda. Ada hair dryer dekat hotel, aku keringkan baju guna hair dryer. Hehe. 
  • Oh ya tudung, aku bawa dalam 2 helai je, semua jenis instant and tudung sarung tutup dagu tu. Takde masa nak berpin pin bagai. Semua sarung je. Lagipun, memang pakai telekung je selalunya, pakai tudung time ziarah je. 
  • Bawa 1 baju sejuk (sweater or kot labuh) kalau musim tu musim sejuk. Kalau hujung tahun, Madinah memang sejuk. Terketar2 solat subuh dekat Madinah. Dekat Mekah tak sejuk sangat.
  • Kasut aku bawa spare sepasang. Dekat Mekah kasut aku tak hilang, sebab simpan dalam plastik and dibawa ke hulur hilir. Dekat Madinah, kasut aku hilang sekali, sebab aku letak dekat rak kasut and tak berbungkus dengan plastik. Letak bulat2 je gitu. Nasib baik  hotel dekat Madinah tu dekat je dengan Masjid Nabawi. So, balik hotel, ambil and pakai kasut spare tu la.

4. Tentatif: Semua itenary, transport, jadual waktu solat diedarkan kepada kami para jemaah. Jadi, senang, apa2 hal boleh refer. Yang ini, ikut jela jadual tu and arahan mutawwif. Memang akan ada taklimat atau perjumpaan dengan ustaz pengiring dekat surau atau dewan makan hotel tu untuk update apa2 pasal perjalanan, ibadah or apa2 jelah. Nametag or lanyard tu aku memang pakai selalu, takut apa2 jadi senang orang nak tolong kita. Ada maklumat agensi travel dekat lanyard tu.

5. Wifi: Dekat Mekah rasa macam sibuk and penat sangat, tak sempat nak online whatsapp pun apatah lagi berinstagram. Dekat Mekah aku selalu online dekat lobby je, dekat bilik aku tak dapat access wifi internet. Tapi serious, dekat Mekah jarang tengok lama laman sosial. Tengok handphone setakat snap picture je ada la. Hehe, Dekat Madinah rileks sikit, sebab ziarah and pergi masjid sahaja. Hotel pun 5 star, so boleh access wifi internet dekat lobby and bilik. Aku tak beli sim kad saudi pun, sebab line maxis ada je dekat sana (aku dengan mak aku maxis line user). So, boleh mesej macam biasa dan boleh beli pass internet dari maxis tu (tapi mahal weh sehari rm10 paling murah). Sobs sobs sobs.


Hmmm, itu jelah yang mampu diberikan. Kita sampai sana bukan sebab banyak duit, bukan sebab tubuh badan sihat atau hidup terlalu lapang takde kerja nak buat. Semua tu bukan, bukan dan bukan. Kita pergi sana sebab Tuhan jemput. Tuhan jemput. Tak kisah la kaya ke sakit berkerusi roda ke, hidup terlalu busy berserabut ke kalau Tuhan nak jemput memang Dia akan jemput kau. Jadi, berdoalah banyak2, in sha Allah jalan tu mudah. Rezeki tu murah, masa tu akan lapang. Aku minta tak sampai 6 bulan (aku doa sungguh2 time bulan Ramadhan), Tuhan makbulkan, Tuhan jemput aku ke sana dan kebetulan aku dapat sambut birthday dekat sana. Alhamdulillah.

Try la pergi sekali, balik Malaysia baru seminggu dah sibuk nak pergi lagi, hari2 tengok you tube Makkah Live tu. Kalau pergi 10 kali pun kau tetap akan rindu. Rindu weh, aku teringat moment pertama dan terakhir aku mengadap kaabah. Sayu giler rasa dekat lubuk hati. Masa first time masuk mataf tu, nampak kaabah tu rasa macam impress giler, terpegun and rasa macam wow wow wow Subhanallah (sampai macam tu sekali, hehe). Masa tawaf wada' tu aku sayu giler bila tengok kaabah makin jauh, makin jauh, makin jauh and makin kecil. Sobs sobs sobs. Rajin-rajinlah record view time dalam bas time ziarah, nanti balik Malaysia rindu2 bolehlah tengok video yang kita record tu. Islam itu bersatu di atas landasan ibadat bukannya landasan duniawi dan berfoya2. Memang kau akan kenal banyak orang dari luar negara yang baik-baik dan berjumpa dalam keadan baik (sedang beribadat). Sekian wassalam. Semoga bermanfaat.




Saturday, 21 October 2017

Cara Tutup Akaun SSPN

Assalamualaikum and hai!


Basically, ayah aku ada buka akaun SSPN untuk aku semasa aku tingkatan 4. So, ayah aku adalah pendeposit dan aku adalah penerima manfaat. Pendeposit sahaja yang boleh keluarkan duit SSPN atau tutup akaun. Before this aku memang tidak pernah keluarkan duit SSPN ini. Selalu topup duit masuk je. Berzaman dah. Since aku pun dah habis belajar, aku pun decide untuk tutup akaun SSPN.

Awal Oktober 2017, aku ada pergi pejabat PTPTN Muar (dekat dengan bulatan). Mudah dan cepat. Beberapa minit siap. Haha. Cakap je dekat staff PTPTN nak tutup akaun SSPN. Ada isi borang sikit, pendeposit kena tandatangan dekat borang itu. Bagi salinan IC dan salinan  penyata bank pendeposit (as long as ada nombor akaun bank, nak print online pun boleh). Before this, ayah aku pernah datang dan bagi salinan depan buku BSN, tetapi staff PTPTN sini cakap duit tidak boleh ditransfer ke BSN. ASB dan Tabung Haji pun tidak boleh. So, kali ini guna bank CIMB. Alhamdulillah, dalam tempoh tidak sampai 2 minggu duit dah masuk. Mak cik kayo!!!

Monday, 14 August 2017

Untuk kamu =)

Assalamualaikum w.b.t,


Well, I don't know how to describe my feeling. Sampai satu tahap, aku rasa macam nak peluk Allah dan bisik dengan Dia dua patah perkataan namely 'terima kasih'. Alhamdulillah...Syukur. Hati tetap pedih tetapi bila lakukan solat hajat, feeling akan kembali tenang. Return to Allah and He will give me redha. Memang aku puji Tuhan bila Dia ambil orang yang aku mahu sebab Dia Tuhan aku, my creator. Of course, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Secara zahir, nampak macam suatu kehilangan dan kesedihan tetapi lama-kelamaan aku nampak hikmahnya. Tersirat kebaikan di sebalik perpisahan.


Okaylah, aku cuma nak pesan: Untuk kaum Adam atau lelaki;

1. Kau akan jadi ketua keluarga, imam kepada makmum kau (isteri dan anak2). Kalau kau sendiri salah dan tidak kenal haram halal, macam mana kau nak mengetuai keluargamu? macam mana makmummu hendak mengikutimu? Tolong improve diri. Bukan nak suruh jadi ustaz atau ulamak, perform five solah daily, knows how to read Quran, cover aurah, knows your limit and halal haram. These are basic things. Jadilah seperti tiang yang kukuh, boleh menampung bumbung dan masih lagi teguh tak kira la berat mana orang yang bersandar pada kau. Ini bukan focus pada fizikal okay, ini fokus pada agama.

2. Please jujur dalam relationship, jangan menipu walau sekecil-kecil perkara. Tolong jujur. Jangan sampai satu tahap perempuan tu sendiri meng'kantoi'kan kau. Perempuan ni ada instinct/naluri semulajadi, benda tu rasa dekat hati bukan dekat akal. Akal mungkin berkait dengan salah sangka or berfikiran negatif but this is instinct. Instinct okay, rasa dekat hati. Kalau instinct rasa ada benda yang tak kena tu maksudnya memang ada benda yang tak kena. Jangan main2. Tak perlu nak berdrama sangat, don't be so hypocrite. Depan perempuan A nampak baik and alim, belakang perempuan A habis semua dilanggarnya. Pegang-pegang sana sini dengan perempuan lain. Benda tu sangat menyakitkan. Jangan aniaya orang. Kau buat jahat, lama2 akan kantoi weh, benda yang jahat memang tak akan menang.Kepercayaan seseorang pada kau pun akan luntur. Maaf itu memang boleh, tetapi nak percaya lagi tu memang susah.


Okay, then untuk kaum Hawa/ perempuan:

1. Tolong pilih calon suami atau calon bapa untuk bakal anak-anak kau dengan teliti. Yang penting agama. Perkara pertama yang perlu dilihat adalah agama. Selidik betul2. Zaman sekarang ni banyak isu sumbang mahram dan isu rumah tangga yang pelik2 (sebab aku baca page fb KRT, haha). So, agama is number one. Kalau lelaki tu jenis yang nampak gatal, tak pandai jaga batas pergaulan, kau tinggalkan sahaja. Termasuklah yang kaki pukul, panas baran and pemalas. Tak payah fikir dia akan berubah atau sayang nak tinggalkan. Just leave him and choose a better one. Dalam perkahwinan, suami yang perlu mendidik isteri, bukan isteri didik suami. Susah untuk suami yang kurang beragama ini untuk dididik isteri yang menjaga agama. So, sebelum terlambat, kalau kau dah nampak his true colors, gagahkan diri ke depan and leave him. Aku cakap soal agama ya dan sifat2 lelaki tu (include lisan dan cara dia jaga batas pergaulan), bukan soal ekonomi or pangkat or whatsoever la.


2. Sebelum nikah, jangan bagi hati sepenuhnya pada dia. Sedangkan hati dia boleh dibahagi empat. Untuk Allah dan parents jangan dilupa, kena jaga juga. Bab yang ni kau kena pandai control, back to basic; agama. Berdoa sentiasa agar dijauhi daripada lelaki yang jenis suka ambil kesempatan.


Okay, dah lah tu pesanan daripada penaja yang sempat ditaip. Sebenarnya ada banyak lagi, tetapi masa tidak mengizinkan. Ini memang untuk yang bujang la. Kalau yang dah berkahwin tu, lain pula caranya. One more IMPORTANT thing, make sure dapat restu parents kedua belah pihak. Kalau tiada restu, susah nak survive weh. Maafkan aku kalau ada terasa hati ke apa ke. Aku saje nak share. Last but not least, setiap nafas yang kau hela, bergantunglah pada Allah, kalau Allah nak perkara tu terjadi dia akan terjadi, kalau Allah tak izinkan perkara tu terjadi maka ianya takkan terjadi.

Saturday, 29 July 2017

Double Confirm

Assalamualaikum readers,


As usual, straight to the point je lah ya. Kali ni lebih kepada isu sebelum kahwin. Aku baru lepas break up dengan my ex future husband a few days back. Basically, tiada jodoh. Bila Tuhan sudah tetapkan memang tiada jodoh maka perjalanan sepanjang perhubungan memang tidak akan berjalan lancar. A lot of tough things happened within almost two years of our relationship. Kami gone through that but after all sudah tiada daya lagi. At last, kami end dengan cara yang baik. Masih lagi baik dan tiada caci maki berlaku.


Firstly, kami memang merancang untuk bernikah. Family aku dengan family dia pun sudah dipertemukan. Awalnya smooth but both of us are students and both families decided untuk kami settle kan study dulu. Kami pergi kursus kahwin sama-sama. Setiap sujud, aku doa semoga jalan kami dipermudahkan. Tetapi!  aku lupa, aku lupa satu benda paling basic adalah adakah memang dia ni betul-betul jodoh aku ke atau bukan. Sepatutnya aku kena confirmkan dengan Tuhan dahulu yang dia ni memang jodoh aku sebelum aku minta yang bukan-bukan dengan Tuhan seperti dipermudahkan jalan or lembutkan hati ibunya terhadap aku. Well, sebab rasa sayang pada dia memang dah ada so aku takut untuk melakukan istikharah sebab takut bukan dia pilihan Tuhan. Then, aku suruh mak aku buatkan istikarah untuk aku.


Aku pula baru start buat istikharah masa bulan Ramadhan yang lepas. Many times, after balik terawikh sebelum tidur aku buat. Bukan sekali buat but banyak kali. Selagi belum dapat petunjuk selagi itu perlu teruskan. Bila raya, aku rasa aku makin jauh dengan dia, hati aku jadi tawar dengan dia. But, since it was raya kan (syaitan pun dah dilepaskan) so, aku pun macam fikir itu cuma godaan syaitan. Aku selalu minta Tuhan tunjukkan aku petunjuk yang jelas, paling jelas supaya aku mudah faham. I keep doing istikharah and one day aku dah dapat jawapan istikharah aku. Alhamdulillah ala kulli hal. Sangat jelas sehingga rasa tak mampu nak tolak dah (tak perlu cerita kot). So, stop here and move on. Aku happy sebab Tuhan bagi aku jawapan, terharu weh. One more thing, mak aku pun rasa tak sedap hati dengan dia and mak pernah bermimpi, mak nampak rumah besar tetapi tangga rumah tu reput. Bad clue there.


Moralnya, silalah bertanya kepada Sang Penentu Jodoh dahulu. Confirmkan betul-betul. Letak ke tepi dulu perasaan tu, buat je istikharah, In Sha Allah Tuhan bagi jawapan. Belajar untuk redha. Belajar dan pujuk hati untuk redha. Ada hikmah yang kita tak jangka nanti. In Sha Allah, Ameen.

Thursday, 9 February 2017

Nasi Ayam Simple

Assalamualaikum...


Aku nak share resepi nasi ayam yang sangat mudah dan simple untuk dapur bujang yang serba kekurangan macam aku ini. Buka peti ais pening fikir nak masak apa. Ada ayam, ada seciput timun dan salad so bolehlah buat nasi ayam. Kiub pati ayam pun tak ada tau tapi jadi jugak nasi ayam tu sebab ada secukup rasa. Hahaha. Guna jela apa yang ada.


Main ingredient:
Ayam (5-6 ketul)
Bawang putih (4 ulas)
Halia (2 inch)
Bahan perasa (aku guna secukup rasa Maggie)
Beras (2 pot)
Salad/Timun/ Tomato (lagi banyak lagi bagus)
Kicap (agak-agak jela)
Sos Tiram (agak-agak jela)
Lada merah (2 batang)
Sos cili
Gula (secubit je)


Nasi Ayam
1. Cuci beras 2 pot. Letak tepi dulu.
2. Dalam periuk lain, rebus ayam (aku guna kaki ayam)
 bersama dengan halia, bawang putih
 dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Ceduk air rebusan ayam tu masuk dalam rice cooker
yang ada beras dicuci tu.
4. Lepas tu masak la beras tu sampai jadi nasi. Hahaha.
Kacau-kacau sikit nasi tu biar perasa dia distribute evenly.


Ayam
1. Selalu ayam untuk nasi ayam aku tak goreng, 
aku bakar je guna pemanggang ajaib. Jimat minyak and lagi sihat.
2. Ayam (5-6 ketul) aku cuci dulu, perap dengan sos tiram, 
kicap cair, halia ditumbuk, letak madu sikit, lada hitam sikit.
3. Perap dalam 15-20 minit and bakar sampai masak thoroughly.


Sambal
1. Sambal aku buat style kuah popiah tu. Tumbuk bawang putih (1 ulas) 
dan lada merah (2 batang)
2. Hidupkan api, masak lada tu atas api. Letak cili sos sikit, air sikit 
and gula sikit.


Sayur
1. Basuh salad/timun/tomato and hiris. Tak payah masak. Haha.


Senang kan? Budak tadika pun boleh buat. Haha.