Raya Haji Covid
Assalamualaikum, Hai everyone! Eceh macam la ramai yang baca post aku ni. Okay, aku nak share sedikit pengalaman aku positif Covid-19 bulan Julai lepas. Sebelum ini, post aku pasal parents aku yang positif Covid-19 kan? lepas tu eh tetiba aku pun ikut positif sekali. Untuk makluman, aku dah complete 2 dos vaksin CoronaVac (Sinovac) pada 9 Jun 2021. Then, aku positif pulak selepas hampir sebulan fully vaccinated. Masa dekat bilik pemerhatian lepas kena cucuk 2nd dose. 3 Julai 2021 : start sakit tekak, tapi sekejap je tau. Sakit tekak pagi, petang tu dah tak sakit tekak dah. Aku buat air limau masa sakit tekak ni. 4 Julai 2021 : suhu badan start naik. Demam kura-kura, on off. Aku tak fikir apa-apa sebab setahu aku, aku tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kes positif dan aku bukan demam bed-ridden. Masa demam tu aku masih lagi memasak, boleh lagi naik tangga turun tangga. 5 Julai 2021 : pergi klinik kesihatan, masa ni mata kanan start merah. Tapi tak gatal atau ...