Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Semalam pengumuman puasa sudah tersiar di kaca TV, maka comfirm la pada 21 Julai 2012 @ hari Sabtu @ hari esok puasa. So, malam ini sudah start terawikh and kalau aku nak update blog, memang kene update pada siang hari la jawapnya. Sesungguhnya Ramadhan itu mengajar kita erti kesamarataan. Orang kaya ke orang miskin ke, orang pangkat tinggi ke, orang pangkat rendah ke, orang bangsawan ke rakyat biasa ke....semua tak boleh makan. Semua puasa dalam jangka masa yang sama. MemangTak adanya waktu buka puasa bagi orang kaya pada pukul 4 petang ,orang miskin pukul 8 malam. Then hal ini boleh mengikis sifat sombong.Islam itu adil ya.


Sedekah amatlah digalakkan dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya sedekah itu mampu memadamkan kemurkaan Tuhan. Laksana seorang isteri yang marah and membebel pada husband dia, kalau husband dia bagi cincin emas 916 ,mesti isteri dia berhenti marah and speechless kan? Kira husband tu sedekah cincin la pada wife dia. Tak kan orang bagi kita sesuatu yang baik, kita nak marah kan? Salah satu cara untuk menarik manusia kepada Islam adalah dengan memberi. Sebagaimana yang Rasulullah buat pada Safwan bin Umaiyah. Baginda beri beliau 100 ekor unta sebagai ghanimah selepas perang Hunain. Masa itu Safwan baru memeluk Islam. Tetapi sedekah itu is not confined to materials but senyum is considered as sedekah as well. So, senyum la sampai ke telinga.=)


Finally, Ramadhan itu tetap akan datang dan berlalu. Terpulang kepada kita sama ada kita hendak manfaatkan atau mensia-siakan bulan Ramadhan itu. Kita hendak isi dengan keberkatan dan keampunan atau sebaliknya.Dan janganlah buat amal time sebulan ini sahaja tetapi teruskan untuk bulan-bulan seterusnya.

Nabi S.A.W pernah bersabda:
"Apabila bulan Ramadhan itu datang, maka dibukalah pintu2 syurga, ditutuplah pintu2 neraka dan diikatlah semua syaitan".

Comments

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta