My abang

Hari ini selepas terawih, aku cerita pada mak aku pasal abang sambil bermoreh (tengok makanan moreh banyak sangat). Teringat pula pasal dia.Ya, abang aku. Kalau ikutkan aku ada 2 orang abang tetapi satu dah tak ada. So, tinggal yang satu je la ni. Aku dengan abang aku beza 12 tahun. Masa aku form 3,aku duduk dengan abang and akak ipar aku. Dalam sebulan jugak la. Parents aku pergi menunaikan rukun Islam yang ke 5. Aku sekolah di sekolah yang sama tempat abang aku mengajar tetapi sekejap je la sementara parents aku pergi haji. Dia masukkan aku dalam kelas dia. Jadinya dia guru kelas aku.


Setiap pagi dia akan keluar dalam pukul 6.30 pagi untuk belikan aku sarapan dan bekal untuk rehat. Aku balik jalan kaki sebab abang aku ada kelas dengan budak menengah atas. Abang aku balik rumah then dia jenguk aku kat bilik.First day sekolah.....

Abang: Macam mana hari ini? Ok tak?

Aku: Aku malu weh.

Abang: Ha?malu apa?

Aku: Aku sorang jer yang bawak bekal, semua orang beratur beli. Ramai orang tengok aku taw.

Abang: La...budak2 kat sini memang tak suka bawa bekal. Ayah pesan kat aku bawakan ko bekal pergi sekolah. Ayah cakap ko selalu bawa bekal masa kat sekolah lama. Ko tak payah beratur panjang2.

Aku: Tadi aku sorok bekal dalam tudung...aaaaaa...malunya.

Abang: Weh ada budak kirim salam kat ko, budak form 5...hahahaha...Lagi satu, jangan panggil aku abang dalam kawasan sekolah. Panggil aku cikgu.Semua orang tak tau aku 'seludup' ko masuk sekolah ni.

Taw tak?dia bawakan bekal untuk aku macam untuk makan 3 orang. Tetapi kalau aku tak habis makan. Aku bawa balik then abang aku la yang akan habiskan.Patutlah dia gemuk...hehehe. Mahap la ya,entri kali ini lagha sikit.

Comments

  1. haha..senget la fhana..
    spe bdk form 5 tu..
    hamboi..bru masuk sek da ada peminat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Tutup Akaun SSPN

Mimpi Gigi Patah

Ganti Bearing Alternator Kereta